Monday, June 1, 2009

Jentera BN selami KEPERITAN HIDUP rakyat

KOTA BAHARU: Tidur di rumah penduduk dan bersama menoreh getah adalah antara pendekatan jentera penerangan Umno bagi menarik sokongan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dalam kempen menjelang pilihan raya kecil pada 14 Julai ini.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata petugas BN perlu merasai susah senang penduduk di situ yang sebahagian besarnya bekerja kampung untuk menambat hati mereka bagi mengundi BN.

"Jentera penerangan Umno dilancar secara rasmi hari ini, dengan tidur di rumah penduduk, dan jentera ini akan merasai susahnya pekerjaan mereka seperti bekerja kampung.

"Ceramah akan tetap diadakan tetapi lebih penting kita bertemu sendiri pengundi dan menerangkan apa pentingnya mereka memilih BN pada pilihan raya kecil nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Umno Kelantan di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob daripada Pas akibat sakit jantung pada 22 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai tarikh penamaan calon.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata BN seboleh-bolehnya akan bertemu dengan lebih 12,000 pengundi di kawasan DUN itu dengan cara berkunjung ke rumah, surau dan juga di tempat kerja mereka.

"Jika perlu jentera juga akan menggunakan SMS kepada pengundi tetapi apa yang lebih penting jentera BN ini perlu mematahkan serangan Pas yang memperkecilkan pemimpin dan usaha BN memajukan negara," katanya.

Beliau berkata, perpaduan dalam Umno dan BN di Kelantan adalah sangat utuh.

"Ada sinar di hujung terowong," katanya. - sumber : Bernama

2 comments:

  1. salam, moh weh kite serang kubu PAih...masa yg sesuai sebab mereka mogok lapar tak cukup tenaga nak pertahankannya.

    ReplyDelete
  2. KUBU PAIH semakin usang dimamah kerakusan dan keriakan pemimpin yang DAJAL... pemimpin yang hanya tau mementingkan diri dan tidak melihat kepada KESELAMATAN rakyat dari segi KESIHATAN dan membelakangi ajaran agama....kita bunyikan SAMBOYAN BLOGGERS yang berjuang untuk NEGARA kerana orang-orang inilah PEROSAK BANGSA dan AGAMA yang sering mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat MALAYSIA....

    ReplyDelete

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online