Monday, June 29, 2009

Surat Pembaca Kepada Datuk Nik Aziz - 2 (Kepimpinan jumud Mursyidul Am Pas tidak lagi RELEVEN)

Saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Kelantan kerana mengejutkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat daripada lena dalam keegoannya. Jangan hanya kerana menjadi salah seorang pemimpin sebuah parti yang berteraskan Islam, beliau lantang dalam ucapannya menganggap UMNO dan pemimpin serta seluruh ahlinya sesat.
Perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang mengakui diri umat Islam apa lagi bergelar ulama.
Anehnya, apabila Ketua Pemuda UMNO Kelantan dengan berani membuat laporan polis berhubung kandungan ucapan Nik Aziz yang berupa fitnah itu, akhirnya Menteri Besar Kelantan itu membuat kenyataan bahawa apa yang diperkatakannya hanyalah kiasan semata-mata. Sudah terhanduk baru terngadah.
Kemudian ulama itu ingin pula menjemput Perdana Menteri untuk berdebat. Untuk apa? Kalau perdebatan yang dicadang itu bertujuan membicarakan perkara remeh, rasanya ia hanya membuang masa.
Jika Nik Aziz benar-benar ingin melihat ukhuwah Islamiah yang mantap, seharusnya beliau tidak membantah terus cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dilemparkan oleh rakan seperjuangannya dalam Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sekiranya, Nik Aziz benar-benar ikhlas, jujur dan mementingkan perpaduan, sebaiknya beliau mencadangkan untuk meneruskan semua perbincangan UMNO-PAS. Usah diheret Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana Hadi hanya mengsyorkan agar UMNO dan Pas terlebih dulu berbincang untuk pembentukan kerajaan perpaduan.
Berbincanglah dulu baru mengambil keputusan, bukannya bila sudah berbincang maka kerajaan perpaduan akan terbentuk secara automatik. Itu tidak mungkin berlaku kerana UMNO dan Pas masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara ini.
Debat bukanlah tidak baik tetapi ia lebih bersifat agresif berbanding muzakarah. Debat biasanya menjadi medan satu-satu pihak untuk mempertahankan dan menegakkan ideologi masing-masing. Adalah lebih rasional jika pemimpin kedua-dua parti bertemu dan bermuzakarah serta mengambil rumusan terbaik ke araj penyatuan dan perpaduan umat Islam.
Kalau perbincangan pun masih tidak mampu dilaksanakan, apa perlunya perdebatan? Adakah Nik Aziz ingin melihat perpecahan di kalangan ummah?
PERMATA HITAM
Sabah.
Sumber: Ruangan Surat & E-Mel Berita Harian 29 Jun 2009

Komen Wira:

  1. Bila Ulamak mula memutar belitkan kata-katanya.... rakyat semakin keliru? Layakkah dia diHORMATI?
  2. Bila prinsip politik mula disanjung, ajaran agama diketepikan... SALAH SIAPA?
  3. Bila Ulamak membawa sifat PERMUSUHAN sesama UMAT ISLAM, HARUSKAH kita katakan beliau sebagai orang yang WARAK?

No comments:

Post a Comment

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online