Friday, June 26, 2009

PAS Belakangi Kejayaan Kaum Sendiri Demi Ideologi Politik

Wira cukup menyesali tindak tanduk parti yang selama ini 'riuh' menghebahkan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka adalah PARTI ISLAM tetapi sanggup menolak, berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik yang diperjuangkan.


Perjuangan mereka semakin 'disanjung' oleh ahli yang terlalu TAKSUB akan PARTI yang dikatakan sokong dan undi dapat JAMIN MASUK SYURGA. Hebat sungguh propaganda yang digunakan oleh PAS. Namun kenapa cadangan yang dikemukakan sendiri oleh Presiden PAS, Haji Hadi untuk membentuk Kerajaan Perpaduan antara PAS-UMNO ditolak dan menuding pula UMNO sebagai sebuah parti TERDESAK. Sedih bila memikirkan mainan politik PAS 'menikam' sendiri tali persaudaraan demi 'MENTENTERAMKAN' hubungan setiakawan di dalam Kerajaan Pakatan Rakyat.




Wira mengambik sedikit ulasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang memaparkan perasaan kecewa dengan tindakan LUAR BIASA PAS berhubungan dengan isu Kerajaan Perpaduan;






"Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya msyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.


"Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu".


Harussani turut menambah, beliau amat berharap 'mereka' yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan tetapi kemudian menidakkannya, kembali memantangkan fikiran dan perasaan tanggungjawab kepada Allah untuk menyatupadukan umat Melayu dan Islam.






"Kalau ada perasaan dendam, hasad dengki dan benci sesama Islam harap kita tengok kepada sembahyang kita kerana sembahyang dapat menghilangkan perkara yang tidak baik.


"Jadi, kalau ada sifat semacam itu, maknanya sembahyang kita itu tidak betu lagilah, kena dibaiki lagi".


Harussani tidak menolak dirinya dibenci oleh pihak tertentu kerana memperjuangkan persaudaraan sesama Islam terutama kalangan orang Melayu.




"Sudah bertahun-tahun saya memperjuangkan benda ini (perpaduan) dalam ceramah saya dan saya harap suatu hari nanti benda ini akan berlaku (juga akhirnya)."




Sumber berita : Utusan Malaysia 25 Jun 2009




Jika ini yang diperjuangkan oleh PAS, Wira cukup 'MERAGUI' perjuangan Nik Aziz pada tahun 1974 yang dulu mengatakan Kerajaan Perpaduan adalah satu nikmat besar yang diberikan oleh Tuhan kepada Orang Melayu. Takkan perjuangan ini dah 'dikuburkan' hanya ingin memuaskan NAFSU ideologi POLITIK yang secara tidak langsung MENJUAL MARUAH BANGSA dan AGAMA.


No comments:

Post a Comment

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online