UMNO menyambut baik cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan PAS seperti yang dicadangkan oleh Presidennya, Datuk Hj Hadi Awang. Malah YAB Perdana Menteri sendiri yakin dengan keikhlasan PAS berhubung muqabalah ini.
Namun ada pihak di dalam PAS sendiri yang seolah-olah tidak bersetuju dan tidak ikhlas untuk menjalin perpaduan dengan UMNO meskipun Presiden dan Naib Presidennya sangat-sangat bersetuju demi merencanakan masa depan serta kebajikan umat Islam dan orang-orang Melayu.Berita terbaru, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali memaklumkan bahawa PAS sedia berbincang dengan UMNO berhubung perkara ini dengan syarat PKR dan DAP turut diajak menyertai perbincangan tersebut.
Amat menjadi tanda tanya mengapa PAS dilihat begitu takut dengan PKR dan DAP.Seharusnya dalam memartabatkan syiar Islam dan umat Melayu, PAS tidak perlu menoleh ke belakang lagi. Sementelahan pula selama ini PAS hanya menjadi boneka dalam Pakatan Rakyat. Segala perkara diputuskan oleh PKR dan DAP.
No comments:
Post a Comment