Monday, June 15, 2009

CALON PAS N.41 MANEK URAI - SIAPA LAYAK?


Wira perhatikan setiap kali Pilihan Raya Kecil yang melibatkan calon PAS pasti akan diketahui seminggu sebelum Penamaan Calon. Mungkinkah ini dah menjadi satu amalan PAS bagi memastikan rakyat SENTIASA TERTANYA-TANYA. HEBAT sungguh perancangan mereka.


Wira mendapat sumber yang boleh dipercayai dari kalangan ahli PAS mengatakan terdapat 10 calon PAS yang disenaraikan . Hanya 4 pemimpin yang berkelayakan, berkarisma dan mempunyai peluang tinggi sebagai bakal calon N.41 Manek Urai antaranya:-


1. Mohd Zamzuri Mat Lazim
2. Fauzi Abdullah
3. Fauzi Che Harun

4. Dr. Zulkifli Mamat


Keempat-empat calon adalah anak jati Manek Urai yang memang dikenali. Wira perhatikan setiap sudut dan kehendak rakyat Manek Urai nyata sekali MOHD ZAMZURI MAT LAZIM adalah calon yang sesuai kerana beliau mendapat RESTU daripada YAB Menteri Besar Kelantan.

PENGALAMAN: Zamzuri pernah bertanding semasa Pilihan Raya Umum Ke-12,2008 kerana PAS hendak melihat muka baru tetapi tewas kepada calon BN dengan hanya perbezaan 53 undi. Kini dah tiba masanya strategi pemilihan calon PAS beralih semula kepada Zamzuri kerana dah ada kemampuan untuk lebih mempopularitikan diri sebagai bakal calon N.41 Manek Urai.

Namun PAS kini dalam DELIMA sama ada memilih calon yang direstui oleh Mursyidul Am PAS ataupun Presiden PAS. Adakah pengundi Manek Urai hendakkan calon muka baru atau mengekalkan calon yang pernah bertanding kerana sudah tahu kehendak pengundi di kawasan ini. Semua ini akan hanya terjawab SEMINGGU daripada PENAMAAN CALON.......

No comments:

Post a Comment

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online