Syabas PAS kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas PAS kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya - yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini 'orang-orang tertentu' akan mengecap kita ini sebagai rasis.
Sumber: Cuit Zaini Hassan , Utusan Malaysia 24 Jun 2009
Setelah menolak gagasan Kerajaan Perpaduan dengan menghasilkan satu persetujuan bersama dalam Pakatan Rakyat (menandatangani perenggan yang dipersetujui bersama) dengan ANGKUH Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat beri kenyataan susulan semasa berceramah di Kampung Laloh di Kuala Krai dengan menyatakan:-
"UMNO ialah pertubuhan sesat, sama dengan Ayah Pin. UMNO dan komunis adalah sama. UMNO ialah parti sosialis kerana menolak Islam. UMNO ialah parti Melayu bukan parti Islam".
"Bagaimana kita mahu bersetuju dengan UMNO? Mereka sekarang mahu minta kita lupa yang lepas dan bersatu dengan mereka. Mereka ini tidak tahu malu".
PERSOALAN KEPADA TOK GURU PAS;
- Berapa ramai orang Melayu yang dah disesatkan oleh UMNO?
- Berapa ramai orang Tanah Melayu menjadi KORBAN semasa zaman KOMUNIS yang jelas dipimpin oleh CHIN PING...? Bila masa UMNO dijadikan KOMUNIS?
- Berapa ramai anggota keselamatan Tanah Melayu terkorban dan hilang anggota badan (kaki/tangan) bila terkena perangkap samar yang dipasang oleh UMNO?
- Berapa ramai anak gadis yang dilarikan dari rumah dan diperkosa oleh UMNO semasa zaman Darurat Tanah Melayu seperti yang dibuat oleh KOMUNIS?
- Berapa bilangan masjid yang diruntuhkan kerana UMNO kerana menolak Islam?
- Bukankah UMNO yang pertahankan bertelaga mempertahankan Akta 152 dan Akta 153 tentang Agama Rasmi dan Bahasa Melayu.
- Adakah orang UMNO adalah pemimpin PENDENDAM seperti Tok Guru?
- Adakah pemimpin UMNO yang sanggup membelakangi kaum dan agama sendiri demi pertahankan ideologi politik?
- Jangan, sepanjang masa mencari kesalahan orang untuk dikeji cerca. Setiap saat dan ketika apa yang UMNO dan Kerajaan Persekutuan buat semuanya tidak betul. Ada sahaja yang ditaawil supaya yang baik dari UMNO menjadi JAHAT. Bila PAS menang pilihanraya, malaikat tolong, bila kalah...UMNO tipu? Tuan Guru selalu mengingatkan "Allah menegah kita dari mencari dan menghebohkan kesilapan orang lain dengan sangkaan yang buruk, caci maki dan perlbagai gelaran yang hina." (Maksud Al-Quran ayat 11 dan 12 Surat al-Hujurat)
No comments:
Post a Comment