Monday, June 29, 2009

Surat Pembaca Kepada Datuk Nik Aziz - 1 ('Politik Jahiliah' Rugikan Bangsa Melayu)

Politik adalah alat untuk mencapai matlamat kesempurnaan hidup dalam semua perkara di sesebuah negara. Sebeb itulah dalam, konteks politik di Malaysia, saya melihat Kaum Cina dan India amat bijak berpolitik, berbanding sesetangah kelompok orang Melayu.
Saya juga orang Melayu dan beragama Islam. Saya berasa sangat dukacita apabila hasrat mewujudkan kerajaan perpaduan, tidak menjadi. Adakah ulama sendiri menentang perpaduan? Saya keliru dengan hala tuju perjuangan mereka.
Saya berpendapat, perpaduan dari sudut politik jika direalisasikan, impaknya sangat besar kepada pertumbuhan ekonomi umat Islam, kerana itu saya sokong kerajaan perpaduan khususnya antara Pas dengan UMNO. Apabila ini berlaku, Malaysia akan lebih maklmur. Ia akan melimpah kepada semua kaum.
Justeru, saya berpendapat di kalangan pemimpin ulama Pas selain menjadi ahli politik, maka sewajarnya mereka memimpin orang lain mengikut ajaran Islam. Sebaliknya apa yang saya nampak seolah-olah mereka pula yang dipimpin mengikut ajaran dan amalan 'politik jahiliah'.
Saya berpendapat ajaran Islam itu hendaklah diajar betulbetul supaya umat Islam tidak ketinggalan dan bergaduh sesama sendiri. Pada pandangan saya, cabaran yang sedang dihadapi umat Islam sekarang dan akan datang sangat besar.
Bilangan kadar kemiskinan, buta huruf, tahap ekonomi yang rendah, kelemahan menguasai teknologi tinggi dan sebagainya masih belum dikuasai sepenuhnya oleh kita. Inilah cabaran yang mesti diatasi umat Islam supaya kita boleh membantu umat manusia ke arah hidup lebih bahagia di dunia dan akhirat.
Oleh sebab itu, saya ingin menyeru, hentikanlah amalan 'politik jahiliyah' seperti diamalkan sesetengah kumpulan di dalam Pas. Saya yakin dan percaya, tidak semua ahli Pas menyokong amalan 'politik jahiliyah' sesetengah pemimpin mereka.
Akhirnya, saya berharap, Pas fikirkanlah semula dasar jahiliyah mereka yang banyak melemahkan kekuatan Islam dan orang Melayu khususnya.
Surat Dari:
REZA ALJUNAID
Jelebu, Negeri Sembilan
Sumber: Surat & E-mel Berita harian 29 Jun 2009.
Komen Wira:
Persoalan yang perlu dijawab oleh PAS;-
  1. Adakah salah kita menyatu padukan UMAT ISLAM?
  2. Perlukah kita mencaci dan menghina sesama KITA hanya disebabkan perbezaan ideologi politik?
  3. Agama dan Politik? Adakah sesuai disatukan demi merealisasikan kepentingan diri atau kumpulan tertentu?
  4. Sanggupkah kita kembali ke zaman Jahiliyah sedangkan kita sedang berdepan dengan kemodenan DUNIA TANPA SEMPADAN?

No comments:

Post a Comment

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online