Monday, June 22, 2009

'Kerajaan Perpaduan': Nik Aziz Flip-Flop

Sumber: Tulip Desa

Hairan, melihat perubahan sikap Mursyidul Am PAS, Nik Aziz. Kebelakangan ini, tindakannya terlalu mengikut perasaan. Sikapnya berubah apabila anak didik kesayangannya Husam Musa kalah merebut jawatan Timbalan Presiden. Kemarahannya terhadap Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS jelas apabila Nasharuddin Mat Isa menyokong idea Haji Hadi berhubung pembentukan 'Kerajaan Perpaduan'.

Pelbagai kecaman yang dilontarkan termasuk meminta Nasharuddin keluar daripadaPAS dan menyertai UMNO dan menggelarkan Nasharuddin sebagai 'boneka UMNO'. Salahkan team ulama ini menyokong 'Kerajaan Perpaduan' yang dilihat dapat menyatupadukan Orang Melayu ? Tidakkah Nik Aziz merasa bangga dan gembira melihat Orang Islam di negara ini kuat dan bersatu-padu. Mengapakah perkara yang baik ini tidak disegerakan pelaksanaannya. Orang Melayu perlu sepakat dan kuat supaya digeruni oleh musuh yang ingin mengancam keselamatan dan kestabilan negara. Orang Melayu ibarat akar yang memegang pokok. Sekiranya akarnya lemah, maka pokok tersebut akan mati. Jika, Orang Melayu lemah dan berpecah-belah, bagaimana hendak melindungi kaum-kaum yang lain. 'Kerajaan Perpaduan' adalah idea yang bernas yang dapat memantapkan Orang Melayu dan juga perpaduan kaum di negara ini.

Tulip juga melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz menjurus kepada kepentingan politik daripada prinsip memperjuangkan agama. Dalam pada itu beliau juga didapati gemar membuat kenyataan yang flip-flop. Adakah segala kenyataan yang dikeluarkan adalah ikhlas daripada hatinya atau dipengaruhi oleh seseorang. Adakah beliau digunakan untuk mencapai hasrat seseorang? Tulip mengharapkan, para pemimpin PAS melihat kembali idea 'Kerajaan Perpaduan'. Jangan ditutup pintu perbincangan. Lihatlah idea ini untuk kepentingan bangsa, agama dan negara. Bukan untuk kepentingan politik dan kuasa. Renung-renungkanlah.

1 comment:

  1. PAS cakap tak serupa bikin.
    Resmi lalang mengikut angin.
    Pandai bicara tak tahu kota.
    Ada hati tapi buta.
    Tak kenal mana kaca,mana permata.
    Kelak nanti habis putih mata.

    ReplyDelete

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai
 

blogger templates | Make Money Online