Monday, June 29, 2009

Konsep 1 Malaysia Dicetuskan PM Perlu Sokongan Semua Pihak

Idea 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi sebutan dan dukungan rakyat di mana-mana dan diharapkan momentum ini berkekalan selama-lamanya. Sabtu lalu, lagu dan logo rasmi 1 Malayisa diumumkan kepada khalayak rakyat yang prihatin terhadap perpaduan sebagai aset tetap negara ini sejak separuh abad lalu.
Dalam kita menyanyikan lagu dan menjiwai lagu 1Malaysia, ada suara sumbang yang terus memperlekehkan hasrat murni kerajaan dengan membuat pelbagai provokasi dan sensasi yang amat tidak dialu-alukan oleh majoriti rakyat.
Konsep '1Malaysia:Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' mencerminkan perubahan yang ingin dibawa oleh Perdana Menteri kita. Diharap konsep 1Malaysia dapat dijiwai sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia yang terkenal sebagai masyarakat penyayang dan prihatin.
Suara yang tidak menyokong dan menganggap konsep perpaduan dalam kepelbagaian sebagai konsep lapuk, perlu melihat usaha dilakukan Perdana Menteri yang dilihat mendekati rakyat secara terus tanpa protokol dan kerenah birokrasi yang membosankan.
Perdana Menteri dengan jiwa besar beliau sebagai seorang pemimpin tertinggi negara tidak kekok untuk menyusuri jalan-jalan tumpuan orang ramai di ibu negara bagi mendekati mereka dan kerunsingan di pemikiran mereka.
Lambang pemimpin yang mengimpikan 1Malaysia yang nyata dan direalisasi mengikut apa yang dicita-citakan. Tidak perlu masa dibuang untuk mengajak pemimpin yang masih diselaputi dendam dan amarah untuk bekerjasama sedangkan rakyat amat memerlukan setntuhan kasih sayang seorang pemimpin yang benar-benar berjuang untuk mengisi tembolok mereka dan anak-anak mereka.
Rakyat tidak memerlukan pemimpin yang banyak bercakap dan hebat dengan manifesto hingga membingitkan telinga tanpa ada penzahiran yang dinamik. Namun gagasan 1Malaysia dirasakan sejak hari pertama Perdana Menteri kita dilantik menduduki kerusi nombor satu negara ini.
Kita perlu menilai adakah politik yang pelbagai macam cara dan kempen mampu mengubat hati rakyat yang kehilangan kerja melainkan hanya kerajaan yang mempunyai jentera dan sumber membantu.
Perlukah kita terus-terusan mendabik dada bahawa kuasa yang ada boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk memperlecehkan orang lain. Mengapa kuasa itu tidak digunakan untuk bersatu-padu dan menjadi bangsa yang kuat dan dihormati.
1Malaysia bukan sekadar slogan yang diasaskan untuk mencari kemenangan dan sokongan. Ia adalah 'wake-up call' buat rakyat negara ini untuk menyedari di mana kita bermula dan bagaimana kita bertolak ansur sesama kita selama kita merdeka daripada cengkaman penjajah.
Rumah terbuka peringkat kebangsaan anjuran kerajaan sempena hari perayaan setiap kaum di Malaysia seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan Pesta Kaamatan sungguh unik dan perlu dikekalkan kerana ia melambangkan toleransi masyarakat sebagai identiti 1Malaysia yang sejati.
1Malaysia adalah dua perkataan yang membawa makna besar jika ia dihayati sepenuhnya. Semoga majoriti rakyat terur bersatu demi Malaysia tercinta.
ABDUL RAZAK IDRIS,
Banting, Selangor.
Sumber: Ruangan Surat & E-mel 29 Jun 2009

No comments:

Post a Comment

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online