Wira mengutip satu analisis politik yang cukup memberi makna kepada SEJARAH POLITIK di N.41 Manek Urai oleh Ismail Mat, Ketua Biro Berita Harian Kelantan dengan tajuk "PERSONALITI CALON JADI PENENTU POLA PENGUNDI MANEK URAI" pada 1 Jun 2008 ruangan rencana muka surat 27.
Seperti pribahasa Melayu 'Air Yang Tenang Jangan Disangkakan Tiada Buaya' inilah keadaan sebenar Negeri Kelantan, setenang-tenang Kerajaan Negeri Kelantan jangan disangkakan rakyat Kelantan setuju dan sokong 100% kepimpinan negeri.
Wira ingin menyandarkan keputusan Pilihanraya Umum ke-11 2004 sebagai bukti bahawa kedudukan PAS tidak berada dalam zon selesa dan selamat bila berlakunya Pilihanraya kecil N.41 Manek Urai menjelang Julai ini.
INFO @ FAKTA
Keputusan Pilihanraya Umum Ke-11 (2004) (klik untuk perolehi sumber keputusan pilihan raya ini)
Zulkiflie Omar (BN) - 4,363
Mohd Zamzuri Mat Lazim - 4,308
Majoriti - 55 undi
Pecahan Pengundi :
Melayu 99.30%
Cina 0.50%
India 0.20%
Ismail yang lebih dikenali sebagai Pak Su Wil, menjadi Adun Manek Urai selama lima penggal sejak 1986 kecuali pada 2004 apabila tidak diturunkan mempertahankan kerusi terbabit, demi memberi laluan kepada Ketua Pemuda Pas Kuala Krai ketika itu, Zamzuri Mat Lazim.
Bagaimanapun, dalam percaturan PAS itu, Zamzuri ditewaskan Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai sebagai wakil Barisan Nasional (BN), Zulkifli Oman dengan majoriti 55 undi, sekali gus menyaksikan kubu kuat PAS itu berjaya DIROBEK oleh BN.
Menyedari kuatnya pengaruh Pak Su Wil swecara peribadi di kalangan pengundi Manek Urai, meskipun sudah berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lalu, beliau tetap diturunkan pada pilihan raya umum 2008 dan terbukti berhasil mengembalikan kerusi itu kepada PAS.
Dan inilah yang berlaku kepada calon BN apabila Pak Su Wil diturunkan semula oleh PAS;-
INFO @ FAKTA
Keputusan Pilihanraya Umum Ke-11 (2004) (klik untuk perolehi sumber keputusan pilihan raya ini)
Zulkiflie Omar (BN) - 4,394
Ismail Yaacob (PAS) - 5,746
Majoriti - 1,352 undi
Pecahan Pengundi :
Melayu 99.25%
Cina 0.44%
India 0.26%
Lain2 0.02%
Ismail turut menambah, "Ketika Pak Su Wil tidak bertanding dulu, calon PAS yang diletakkan adalah muka baru yang kurang dikenali penduduk dan pengundi di sini, justeru peluang ketika itu lebih memihak kepada wakil BN."
"Peluang untuk menang cerah tetapi pasti sengit sebab BN kini sudah berubah kepimpinannya di peringkat negeri dan pusat dan ini sudah pasti memberi tentangan habis-habisan."
Keadaan yang sama turut diperakui oleh Ketua UMNo Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abd Rahman dengan menyatakan seperti berikut;
"Berdasarkan pengalaman pada 2004, ia bukti kita mampu merampas kerusi terbabit walaupun suatu ketika dianggap misi mustahil tetapi dengan syarat seluruh jentera BN dan UMNO bekerja keras dari sekarang sehingga hari pengundian".
No comments:
Post a Comment