Kejatuhan Ulama Pas Kepada Team Erdogan Anwar Ibrahim & Husam - The best bloopers are a click away
Wira amat sayu melihat klip video di atas bila wujud kumpulan erdogan yang bakal menjatuhkan ulama pas... siapa HUSAM sebenarnya? Wira sekali lagi terbaca satu surat pembaca yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 2 Jun 2009.
Surat ini dari Mak Ani, Kuala Lumpur. Dari penelitian Wira jelas menunjukkan Mak ani cukup sayang dengan PAS yang dulu dan ini butiran surat yang ditujukan kepada HUSAM.
Surat ini dari Mak Ani, Kuala Lumpur. Dari penelitian Wira jelas menunjukkan Mak ani cukup sayang dengan PAS yang dulu dan ini butiran surat yang ditujukan kepada HUSAM.
Makcik adalah warga emas berusia 63 tahun. Rahmat dan nikmat Allah terlalu murah dan melimpah di bumi yang mak cik pijak ini.
Ketenteraman dan keharmonian menjadi asas pegangan hidup kami sejak merdeka. Negara makmur dan maju di bawah Parti Perikatan yang kini Barisan Nasiona (BN).
Walau pun terdapat parti-parti lawan tetapi tiada kebiadaban. Walaupun PAS bermusuhan dengan UMNO, PAS ada alasan tersendiri.
PAS mendakwa berjuang atas prinsip menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
Makcik amat menghormati dan kagum dengan PAS yang lantang mencabar parti-parti dan individu yang memperlekehkan penubuhan negara Islam dan hukum hudud.
Jadi tidak hairanlah jika UMNO dituduh sebagai kafir sebab berjuang bersama bukan Islam. Hanya Allah ada hak untuk mengkafir, bukan hak PAS, Astaghfirullah.
Anwar Ibrahim semasa dalam BN mengutuk keras kebiadaban PAS mengkafiri beliau. DAP juga dibidas oleh ANWAR. Sekarang niat Anwar dah terbalik.
Kalau Anwar nak tumbangkan UMNO dengan apa cara pun sekarang, kita memang faham dan simpati. Sebabnya dia ada dendam terhadap parti yang hampir-hampir dia terajui. Tapi Allah Maha Mengetahui.
Soalan makcik kepada PAS, khususnya kepada Husam Musa:Kenapa ghairah sangat nak tumbangkan UMNO yang orang-orangnya Islam sedangkan PAS sekarang bukan boleh digelar PARTI ISLAM!
- Apa alasan yang ada pada saudara sekarang nak tumbangkan UMNO, parti yang mungkin menyumbang pada saudara?
- Kalau UMNO kafir, apakah PAS sekarang?
Pencerobohan dalam PAS dan bersekongkol dengan bukan Islam telah melemahkan perjuangan Islam itu.
Kenapa Husam, prinsip PAS boleh dimanipulasi? Kenapa musuh PAS berdekad-dekad sekarang melemahkan siapa? Semua kerana kuasa!
Adakah Islam ajar KITA;Kalau niat saudara murni, tegakkanlah model 'Islamic state' pada negeri-negeri di bawah PAS sekarang.
- Biadab sesama KITA?
- Puasa Lapar?
- Kompromi prinsip kerana nak kuasa?
Allah akan berkati saudara. Tapi kalau cakap tak serupa bikin, itupun Allah Amat Mengetahui.
UMNO- dulu, sekarang dan selama-lamanya - berjuang atas prinsip yang sama dan komponen BN adalah 'gentlemen'.
Makcik rindukan PAS yang lantang dan mencabar parti-parti dan individu-individu yang memperlekehkan negara Islam dan amat kecewa dengan PAS yang ada kini.
Sayang sekali yang dulu musuh nampaknya menjadi penyuluh.
No comments:
Post a Comment