Tuesday, June 30, 2009

Surat Pembaca Kepada Datuk Nik Aziz - 3 (Mohon Nik Aziz Cermin Diri)

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Ni Aziz baru-bari ini yang menyifatkan UMNO sebagai sama dengan komunis adalah sangat keterlaluan kerana menyamakan parti yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara dengan pengganas yang memporak perandakan negara.

Adakah wajar UMNO, sebuah parti yang menjadi tunggak pemerintahan negara dan terbukti telah banyak menyemarakkan syiar Islam,disamakan dengan komunis yang bukan sahaja menentang Islam tetapi telah membunuh, menyiksa serta memusnahkan harta benda sekelumit rasa belas kasihan.

Komunis telah mendatangkan mala petaka kepada negara ini, menggugat kehidupan rakyat dan berusaha menghancurkan negara demi mencapai cita-cita menjadikan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai paksi memerintah negara ini.

Tiada apa pun kebaikan komunis walau sebesar hama, melainkan penderitaan dan kepayahan berpanjangan yang mereka semaikan kepada negara dan rakyat sehingga darurat terpaksa diisytiharkan.

Selama 12 tahun darurat dari tahun 1948 sehingga 1960, banyak usaha ditumpukan ke arah pembasmian kuncu-kuncu komunis sehingga pembangunan negara dan program-program untuk kesejahteraan rakyat serta pembangunan ekonomi tergendala.


Malah selepas darurat, bahana durjana komunis terus berpanjangan. Ramai anggota tentera dan polis, juga orang awam, terkorban akibat kekejaman komunis yang tidak berhati perut. Kekejaman komunis tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan perbuatan mereka tidak dapat dimaafkan.

Justeru adalah wajar UMNO sebagai sebuah parti yang didokong oleh orang Islam, dan yang telah terbukti begitu komited dengan perjuangan membangun dan meninggikan syiar Islam, memakmurkan serta membela nasib rakyat sebagai kaum,disamakan dengan komunis yang tidak berhati perut dan tidak mengakui Islam? Ini satu penghinaan yang langsung tidak berasas.

Nik Aziz dianggap sebagai Tuan Guru dan ulama. Tetapi sayang kata-kata beliau langusng tidak mempamerkan kemuliaan sejajar dengan gelaran pada dirinya. Kata-kata beliau langsung tidak berhemah dan semata-mata berdasarkan politik serta ikut sedap mulut.


Kita sama-sama tahu bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Kerajaan yang berteraskanUMNO telah banyak membina masjid dan syiar Islam sentiasa dipertingkatkan. Jika UMNO itu komunis adakah ini semua akan dilakukan? Adakah kita akan dapat hidup aman dan maju seperti yang kita kecapi hari ini, termasuk Nik Aziz sendiri?

Malah kemajuan dan kejayaan Malaysia sebagai negara Islam juga diakui oleh banyak negara luar, termasuk negara islam lain. Ini membuktikan UMNO bukan sahaja telah berjaya memartabatkan negara daripada segi sosio-ekonomi, tetapi pembangunan dan kemajuan syiar Islam juga mencuri perhatian negara luar.

Perkara ini semua tidak akan berlaku jika UMNO itu seperti komunis. Fahamilah wahai Tuan Guru. UMNO sebenarnya lebih banyak membangunkan syiar Islam dibandingkan dengan Pas sendiri. UMNO lebih praktikal memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air, bukan hanya bercakap kosong seperti Pas.

Saya bermohon agar Tuan Guru dan Pas berhenti menuduh dan melabelkan UMNO semata-mata kerana kepentingan politik, semata-mata untuk menyedapkan hati penyokong yang mudah percaya dan menjadi 'pak turut'. Berhati-hatilah berkata kerana fikir itu pelita hati.

Dulu Pas kata UMNO KAFIR, sekarang kata KOMUNIS. Jika Pas benar-benar parti Islam seperti yang didakwa, ia tidak harus membuat dakwaan liar terhadap insan seagama yang akibatnya meletakkan Pas pada mertabat yang rendah. Cerminlah diri.

PANGLIMA AWANG
Kuala Lumpur.

Sumber: Ruangan Forum Utusan Malaysia 1 Julai 2009

No comments:

Post a Comment

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online