Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pas Pusat sesi 2009/2011 yang berlangsung di sini pada Khamis lalu, secara rasmi membuat keputusan supaya pimpinan parti itu 'tutup mulut' daripada membuat sebarang ulasan mengenainya.
Beberapa pemimpin Pas yang dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas pimpinan parti yang mempertahankan idea berkenaan sebagai 'boneka UMNO' juga gagal.
''Pas Pusat sudah membuat keputusan supaya kita hentikan sebarang polemik mengenai kerajaan perpaduan."
''Jadi saya pun no comment, kita dah diarah supaya 'tutup buku', makin kita bercakap makin keliru, masalah tidak selesai kerana mesej tidak sampai.
''Demi kebaikan semua dan demi mengharmonikan keadaan kita tidak bercakap sehinggalah masa akan datang (sekiranya) suasana politik berubah. Wallahua'lam,'' tegas Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hasan Tantawi.
DAP secara konsisten menyerang Pas sejak idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali diperkatakan pada Muktamar Pas ke-55, hujung minggu lalu.
Terbaru kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Abdul Hadi perlu meminta maaf kepada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Nik Abdul Aziz sendiri kerana mencadangkan perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan UMNO. -utusanonline-
Komen Wira: Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya.....jika sesama mereka pun dah berbalah,perpaduan dalaman parti pun rapuh fikirlah sendiri apa yang akan terjadi andainya mereka memerintah negara.....
No comments:
Post a Comment