Wednesday, September 2, 2009

Kepala Lembu: Bantahan Orang Melayu Terhadap Pembinaan Kuil Di Selangor

Oleh: Tulip Desa

Tulip setuju dengan Pewaris bahawa kepala lembu yang diletakkan di SUK Selangor sebagai simbolik bantahan Orang Melayu terhadap pembinaan kuil di Seksyen 23. Memang wajar Orang Melayu membantah kerana kawasan kuil itu dibina di kawasan majoriti Orang Melayu. Cuba kita fikirkan adakah Orang Cina bersetuju sekiranya masjid di bina di Cheras yang semua orang tahu itu kawasan majoriti Orang Cina. Sudah tentu apa-apa kepala akan diletakkan di SUK Selangor sebagai tanda bantahan.

Walau apa pun, bantahan tersebut menggambarkan Orang Melayu di Selangor mahu menyampaikan luahan perasaan bahawa sesuatu pembinaan rumah ibadat wajar mendapat persetujuan daripada masyarakat setempat bukannya melalui persetujuan orang yang berkepentingan sahaja. Rasanya Orang Melayu Selangor tidak marah dengan pembinaan kuil tersebut bersandarkan perpaduan dan muafakatan. Sebagai masyarakat majmuk, rakyat tahu bahawa setiap kaum bebas mengamalkan agama dan melaksanakan adat resam masing-masing.

Justeru itu, Menteri Besar Selangor harus sensitif dengan masalah yang berkisar dengan agama dan sensetiviti kaum. Jangan menafikan suara Orang Melayu berkaitan isu tersebut. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor wajar mengkaji semula kawasan pembinaan kuil di tempat yang sesuai agar tidak lagi membangkitkan kemarahan Orang Melayu.

Isu kepala lembu kerana bantahan masyarakat Islam diabaikan

Sumber: Utusan Malaysia, 2 Sept. 2009

MINGGU ini masalah kepala lembu menjadi tajuk utama dan isu negara. Maka ramailah yang membuat komen tanpa mengetahui secara khusus kenapa ia berlaku. Memang mudah menyalahkan orang. Tanpa sebab besar tidak akan berlaku tindakan sedemikian.

Artikel yang ditulis oleh Abdullah Bukahri Abdul Rahim, meminta langkah drastik diambil oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk segera mencuci tahi yang telah dipalitkan oleh kumpulan yang membawa kepala lembu.

Saya ingin menyatakan, tindakan penduduk Seksyen 23 Shah Alam adalah kerana bantahan mereka tidak diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Kami yang tinggal di Seksyen 19 juga menghadapi masalah yang sama berhubung kuil yang telah berlarutan begitu lama.

Masalah di Seksyen 19 sudah memakan masa 21 tahun masih belum selesai hingga ke hari ini. Aduan, bantahan, perjumpaan telah dibuat oleh persatuan penduduk dan individu tetapi tidak mendapat tindakan yang sewajarnya.

Setiap kali kuil itu diarahkan berpindah pasti ada campur tangan pemimpin politik yang akan melewatkan proses itu. Campur tangan inilah yang menyukarkan pihak berkuasa untuk bertindak. Kuil itu yang pada mulanya kecil makin lama makin membesar tanpa pelan dan permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selepas bekalan air dan elektrik dimasukkan, aktiviti mereka semakin hebat. Kuil itu hanya di seberang jalan rumah penduduk Islam Seksyen 19. Apa perasaan pembaca apabila setiap hari kami terpaksa mendengar lagu-lagu Hindu yang membingitkan telinga?

Bila mereka mengadakan keramaian mereka buat perarakan di hadapan rumah penduduk Islam. Gangguan bergendang keramaian berjam-jam lamanya. Terlalu banyak masalah sampingan yang terpaksa kami hadapi jika hendak disenaraikan di sini.

Aduan terpaksa dihantar dari semasa ke semasa kepada pihak-pihak atasan. Namun bila ada campur tangan politik perkara ini sering terbantut. Gangguan bising yang dihadapi semakin teruk apabila Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor.

Sikap toleransi pemimpin Selangor telah menyebabkan gangguan yang dihadapi semakin teruk. Mereka bergendang hingga ke tengah malam mengganggu ketenteraman penduduk tempatan.

Mereka hampir semuanya datang dari luar kawasan kami. Mereka berani mengugut jika ada penduduk yang menegur mereka. Botol-botol arak bersepah di merata-rata kawasan berhampiran Jalan 19/28. Gangguan bising pemuda India mengganggu kehidupan kami.

Kami merayu bantuan dan membuat aduan kepada pelbagai pihak tetapi tiada tindak balas. Ketika keadaan sudah menjadi kronik penduduk merayu bantuan NGO Islam. Tindakan drastik yang diambil oleh NGO Islam untuk membantu penduduk menyebabkan ada sedikit perubahan apabila gangguan bising berkurangan.

Pada 29 Disember 2007 maklumat yang diterima daripada Jabatan Perancang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22.

Apabila Pakatan Rakyat berkuasa selepas Mac 2008, kuil itu hendak dipindahkan pula ke Seksyen 23, kawasan majoriti penduduk Islam. Penduduk Seksyen 23 sudah maklum apa yang dialami oleh penduduk Islam Seksyen 19, sebab itu mereka membantah. Malangnya bantahan mereka tidak diambil berat oleh kerajaan negeri dan diminta bertolak ansur. Jadi siapakah yang bersalah?

Apabila kepala lembu diusung sebagai tanda protes semua buka mata. Pelbagai bantahan kita dengar. Tetapi apabila masalah gangguan berlaku kepada orang Islam, SABARLAH!

HALI HARON

Shah Alam, Selangor

Sejarah tidak menjadi guru

MELAYU MUDAH LUPA....... (Tun Mahathir)

Oleh ZAINUDDIN MAIDIN

Sebab utama yang menyebabkan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan untuk menyingkirkan Singapura dari Malaysia ialah ucapan Perdana Menterinya Lee Kuan Yew dalam Parlimen Malaysia pada Mei 1965 mempersoalkan pemerintahan Melayu di Malaysia.

Selepas persidangan itu, Tunku ke London untuk hadir sidang Perdana Menteri Komanwel tetapi terpaksa masuk ke Hospital London kerana menjalani rawatan sakit kayap.

Beliau menulis dalam Looking Back; "The more pain I suffered, the more I directed my growing anger at him pitying Singapore for all its self impose problems. Whichever way my restless mind turned, I could not help but come to one conclusion - and that was to cut Singapore adrift from the rest of Malaysia."

Tunku juga marah dengan ucapan Kuan Yew di Dewan Masyarakat Delta Singapore di mana beliau mencadangkan "Alternative Arrangements" iaitu dengan Singapura, Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang bersatu untuk memutuskan ke arah mewujudkan Malaysian Malaysia.

Kata Kuan Yew; "Singapura tidak pernah bersetuju kepada pemerintahan Melayu apabila ia menyertai Malaysia tetapi apa yang saya setuju ialah pemerintahan rakyat Malaysia (Malaysian). Seseorang mestinya telah membuat kesilapan besar dalam membuat pertimbangan jika dia memikirkan rakyat bersetuju kepada pemerintahan Melayu dalam menyertai Malaysia."

Anggapan Kaun Yew bahawa dia mewakili orang Cina dalam membuat cadangan bagi pihak empat negeri lain telah disanggah oleh Tunku dalam interviu dengan akhbar The London Times.

Tunku menyatakan bahawa Kuan Yew bersengketa dengan Barisan Sosialis Singapura, MCA dan juga Parti Komunis Malaya yang mewakili jumlah orang Cina yang lebih besar.

Saya mengemukakan fakta sejarah ini adalah untuk mengingatkan semua pihak supaya menyedari bahawa dalam merayakan 52 tahun merdeka, kita sekarang berada dalam keadaan yang menyebabkan bapa kemerdekaan telah mencabut duri dalam daging.

Kedudukan istimewa orang Melayu, Agama Islam dan lain-lain soal sensitif yang melanggar prinsip penyelesaian kepada masalah pertikaian kaum yang disemai oleh Kuan Yew sehingga mencetuskan peristiwa 13 Mei telah menjadi perbincangan semula sehingga lembu mencabar orang beragama Hindu dan babi berselimutkan bendera UMNO mencabar orang Melayu.

Profesor Dzulkili Abdul Razak menulis dalam New Sunday Times 30 Ogos mengenai perayaan ke-52 merdeka bahawa peristiwa-peristiwa sejarah yang membawa kepada perayaan tahunan ini mesti dilawati semula.

"They say, history is a great teacher. But unless this is done in earnest, Merdeka tends to have a repetitive dampening effect in which the context is largely lost. It will reduce to a once - time cyclical happening, devoid of any meaning."

Sebenarnya inilah yang dirasakan oleh mereka yang telah menyaksikan sendiri pembinaan sejarah negara ini dari awal apabila keruntuhan fahaman terhadap keperluan menjadikan sejarah sebagai guru telah dilupakan sama sekali dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Jika kemerdekaan 50 tahun telah memberikan fahaman yang lebih mendalam daripada racun yang disemaikan oleh Kaun Yew lebih 40 tahun dahulu maka hal itu tidak akan berlaku.

Pilihan Raya Umum 2008 menyaksikan letupan dan luahan perasaan yang terpendam sekian lama yang tidak pernah mati dan hanya menunggu ketika yang sesuai untuk meledak.

Apabila Musa Hitam bekas Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa kebebasan yang diberikan oleh Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat dielakkan lagi maka beliau telah terlupa bahawa Kuan Yew dapat mengelaknya sekalipun Singapura telah lebih jauh dari Malaysia melangkah ke hadapan dalam globalisasi.

Singapura masih dengan demokrasi Dunia Ketiga walaupun berminda dunia maju tetapi Malaysia masih berminda Dunia Ketiga namun demokrasi dunia termaju.

PENULIS ialah mantan Menteri Penerangan.

Sumber: Utusan Malaysia, 1 Sept. 2009

Sunday, August 16, 2009

DAP Mahu Jadikan Malaysia Seperti Singapura

Oleh: Tulip Desa

Parti serpihan PAP iaitu DAP semakin bertindak melampau,kurang ajar dan keterlaluan apabila sengaja membangkitkan isu agama dan kontrak sosial semata-mata mahu mengguris hati Orang Melayu. DAP dulunya tidak terdengar suaranya namun semakin lama semakin panas desakannya. Ini ditambah pula dengan sokongan padu daripada pengkhianat-pengkhianat Melayu yang merestui agar Islam terus dimaki dan dihina.

Kes terbaru di mana kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah seperti yang disiarkan di laman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) berhubung anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Sebelum daripada kes ini, satu lagi isu yang berbau perkauman dibangkitkan, oleh Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong dari DAP seperti yang disiarkan di dalam akhbar The Star yang biadap menuduh Jemaah Islah Malaysia(JIM) sebagai eksterimis agama. Walaupun beliau menarik balik dakwaan tersebut tetapi mengapakah beliau tidak mahu memohon maaf secara terbuka kepada badan berkenaan.DAP dilihat cuba mencetuskan ketegangan kaum dengan meniupkan api perkauman melalui isu-isu tersebut.

DAP terus menghentam Kerajaan selagi kemahuannya tidak dituruti. Isu pemansuhan ISA dan juga isu Teoh Beng Hock yang bakal mendedahkan aktiviti penyelewengannya di manipulasikan oleh DAP untuk meletakkan segala kelemahannya di bahu Kerajaan. Justeru itu, SPRM dijadikan batu loncatan untuk menutup segala kerja jahat mereka. Tohmahan demi tohmahan dilemparkan terhadap Kerajaan untuk mencalarkan imej dan kredebiliti Kerajaan. Mereka akan terus menyerang Kerajaan sehingga Kerajaan berlembut hati menuruti kemahuan mereka. Itu yang mereka mahukan.

Penyokong-penyokong tegar pembangkang perlu sedar DAP mahu memecahbelahkan Orang Melayu. DAP mengimpikan kerusi Perdana Menteri menjadi hak milik mereka dan akan menggubal perlembagaan serta menghapuskan kontrak sosial. Lihatlah nasib Orang Melayu Singapura, mereka tidak dilayan dengan baik. Malah, Islam tidak dipedulikan langsung dan tidak dihormati sensitivitinya.Orang Melayu seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada isu Singapura keluar daripada Malaysia. Lim Kit Siang yang pernah menjadi setiausaha sulit Lee Kuan Yew pasti sudah merancang mahu menjadikan seluruh Malaysia mengalami nasib seperti Singapura.

Tulip merasa sedih dan kesal dengan tindakan segelintir Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP untuk bersama-sama menghapuskan hak sendiri. Renung-renungkanlah Orang Melayu, kita perlu mempertahankan kuasa kita di tanahair tercinta.

Sunday, July 19, 2009

PRK Manek Urai: Bermula Kebangkitan Gelombang Rakyat Menyokong BN

Oleh: Tulip Desa

PAS dapat mengekalkan kemenangannya di DUN Manek Urai dengan jumlah undi sebanyak 5,348. Jangkaan PAS meleset apabila sasarannya untuk mendapatkan majoriti sebanyak 1,800 undi tidak kesampaian. PAS menang tipis dengan majoriti undi sebanyak 65. Barisan Nasional meraih sebanyak 5,283 undi dan memenangi 5 daripada 9 pusat mengundi di DUN tersebut. BN memenangi peti undi di Manek Urai Baru, Manek Urai Lama, Manjor, Laloh dan Temalir. Manakala, PAS menang di Chuchoh Puteri, Lata Rek, Sungai Peria dan Sungai Sok.

Barisan Nasional memecahkan tradisi apabila dapat menawan kubu kuat PAS iaitu Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru. Barisan Nasional menguasai hampir semua undi daripada saluran 3 dan 4 yang merupakan pemilih berusia 40 tahun ke bawah. Ini menggambarkan generasi muda di Manek Urai dahagakan pembangunan. Mereka mula bosan dan muak dengan janji-janji PAS yang ternyata gagal mentadbir Negeri Kelantan selama hampir 20 tahun. Majoriti pengundi di Manek Urai terdiri daripada pekebun kecil kelapa sawit, penoreh getah dan bekerja sendiri. Mereka semua mahukan perubahan, dan tidak mahu terus hidup di dalam kepompong kemiskinan.

Adakah keputusan ini merupakan petanda awal gelombang perubahan akan melanda di setiap negeri Pakatan Rakyat? Ini adalah petunjuk bahawa rakyat sudah kembali menyokong Barisan Nasional kerana terpikat dengan corak pentadbiran Dato' Seri Najib. Kewibawaan Perdana Menteri dalam menangani segala masalah yang datang, dapat meyakinkan rakyat. Strategi yang terancang dan komitmen seluruh jentera parti dan agensi Kerajaan dalam PRK Manek Urai dapat melumpuhkan jentera pembangkang sehingga mereka tidak mampu untuk melawan serangan di Manek Urai. Kewibawaan calon BN yang merupakan anak tempatan adalah faktor peningkatan undi di Manek Urai.

Kepincangan Pakatan Rakyat merupakan satu bonus bagi Barisan Nasional untuk meraih sokongan pengundi. Konflik dalaman yang melanda Nik Aziz dan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menyebabkan rakyat semakin hilang keyakinan terhadap pembangkang.
Ketidaksepakatan komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat, membuka mata rakyat bahawa Pakatan Rakyat bukanlah parti pilihan untuk membela nasib rakyat.

Kini, Pakatan Rakyat hilang sokongan rakyat terutamanya pengundi Melayu. Ini jelas terbukti pada PRK-PRK yang lepas. PRK Bukit Gantang, PAS tidak sedar pengundi Melayu menolak mereka ekoran kederhakaan Nizar terhadap Sultan. PAS tidak dapat mempertahankan peti undi Melayu. Kemenangan di Bukit Gantang adalah hasil daripada sokongan bukan Melayu. PRK Penanti meyaksikan Barisan Nasional dan rakyat Penanti memulaukan PRK tersebut. Hanya 46% pengundi yang keluar mengundi dan majoriti undi Pakatan Rakyat menurun.

Tulip merasakan ini adalah peluang terbaik bagi Barisan Nasional untuk terus berbakti dan memberi sumbangan kepada rakyat untuk meningkatkan sokongan. Semoga Pilihan Raya Ke-13, Barisan Nasional memenangi kejayaan besar agar dapat terus merencanakan segala aspirasi negara untuk menuju negara maju.

Tuesday, July 14, 2009

Penyokong PAS bertindak ganas.

Suasana pengundian di Manek Urai

Oleh: Tulip Desa

Setakat pukul 3:30 petang, seramai 85% pengundi keluar mengundi. Peningkatan jumlah yang keluar mengundi memberikan peluang untuk BN menang. Walaubagaimanapun, yang sedihnya suasana mengundi di Manek Urai tegang ekoran daripada reaksi penyokong PAS yang bertindak ganas. Dikhabarkan tiga ahli Puteri UMNO Perak cedera dilontar batu dan botol.

Memang sudah dijangka. Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat gemar membuat provokasi dan mencetuskan huru-hara. Kerajaan Barisan Nasional sudah lali dengan tindakan-tindakan melulu pembangkang. Itulah sebabnya, ramai polis dan tentera ditempatkan di PRK Manek Urai untuk bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku.

Tulip hairan juga dengan kenyataan pemimpin PAS yang menyatakan PAS menang tipis di Manek Urai. Adakah ini tanda peluang PAS untuk menang 50-50? Adakah penduduk Manek Urai telah berubah pendirian memilih Barisan Nasional dan mahu jadi 'anak emas'?.

Tulip juga sedih, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dimaki hamun oleh penyokong PAS yang terlalu taksub dengan Pakatan Rakyat. Inikah yang diajar oleh Islam PAS, mengganas, mencederakan sesama Islam, mencaci, memfitnah dan menghina. Inilah dia anak didikan Nik Aziz. Mungkin dengan berkelakuan sedemikian, dapat menghalang pengundi daripada keluar mengundi. Pengundi pasti bimbang dengan keadaan yang tidak selamat. Jadi peratusan yang keluar mengundi akan menurun. Peluang untuk BN menang pula aka tipis. Tetapi jangkaan mereka meleset, apabila ramai yang keluar mengundi. Itulah andaian Tulip. Walaubagaimanapun, kita sama-sama saksikan keputusannya.

Live Dari Manek Urai


Sumber: http://sejarahmelayu.blogspot.com

Latest Update


12.54 pm


KUALA KRAI: Calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat, berkata peluang beliau untuk menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai adalah cerah.

Katanya, ia berdasarkan maklum balas dari petugas dan pengundi sendiri.

“Sejak penamaan calon dulu lagi sudah ada peningkatan sokongan kepada kita,” katanya kepada Berita Harian Online ketika ditemui dekat pusat mengundi SMK Laloh, sebentar tadi.

Sehingga jam 12 tengahari ini sudah 60 peratus dari 12,293 pemilih berdaftar di MU sudah keluar undi.

Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan berkata penyokong PAS tertekan hingga cetus provokasi di MU sebab pengundi dah tunjuk sikap. Mereka punya hasrat untuk menjadi anak emas kerajaan pusat

10.30 am
Proses mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tercemar sedikit apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) di perkarangan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria berhubung kedudukan mereka.

Penyokong Pas yang menguasai kaki lima di seberang jalan menghadap pintu utama dan di sisi pusat mengundi tidak berpuas hati dengan kedudukan penyokong BN yang dikatakan terlalu hampir.

Pegawai polis terpaksa mengarahkan seorang penyokong Pas yang datang memarahi penyokong BN untuk beredar.

Monday, July 13, 2009

BN TIDAK KECUNDANG DI MANEK URAI

OLEH : PEMIKIR - MM

Esok, 14 Julai 09, pengundi-pengundi akan keluar mengundi di DUN Manek Urai. Semenjak 6 Julai Kedua-dua calon BN dan PAS telah dapat menjalankan kempen-kempen masing-masing dengan aman dan tanpa gangguan dari mana-mana pihak. Kawasan DUN Manek Urai ini seolah-olah tiada menghadapi apa-apa yang sepatutnya berlaku. Namun pembesar-pembesar BN dan PAS turut mewarnai senario politik DUN ini, di mana kempen diwajibkan tamat pada jam 12 malam ini.

Pengundi-pengundi perlu membuat keputusan yang bijak pada hari esok, Selasa, kerana pilihan terbaik mereka lakukan, akan menjamin peningkatan taraf hidup serta anjakan pembangunan sosioekonomi rakyat tempatan. Jikalau mereka tidak percaya kepada hasrat dan janji-janji BN yang dibuat sejak 6 Julai, maka keadaan seperti biasa atau status quo, mungkin berterusan. Ini bermakna pembangunan di DUN Manek Urai akan menjadi terganggu dan majoriti penduduk terus menghadapi kerugian sehingga Pilihanraya ke-13 pada 2012/13.

Dato' Mustapa Mohamad selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, pada Sabtu, 12 Julai mengumumkan Manek Urai sebagai pusat agropolitan untuk melonjakkan pembangunan. Ini adalah satu program ransangan yang berdana tinggi, sekiranya direalisasikan, boleh merubah landskap sosioekonomi tempatan dan sekitarnya. Ia juga akan menjadi pemangkin pada perubahan demi perubahan yang akan di nikmati oleh seluruh penduduk Kuala Krai khususnya dan Kelantan amnya. Sebagai pengundi janji yang dilapazkan oleh Tok Pa ini perlu dihayati dan tidak disia-siakan.

Pemerhati menerima laporan bahawa pengundi-pengundi totok PAS berjumlah sehingga 5,000 orang sehingga Khamis lepas tetap mengundi PAS kerana faktor Tok Guru. Tetapi sejak Jumaat, lebih kurang 1,000 dari kalangan mereka mulai menyakini janji-janji ikhlas BN untuk membangunkan Manek Urai. Mereka bersedia untuk memihak kepada calon Tuan Aziz dari BN kerana bakal ADUN ini mempunyai kapasiti untuk memperjuangkan nasib mereka segi kebajikan dan taraf hidup yang lebih baik di masa hadapan. Kini terdengar juga bahawa ramai pengundi-pengundi PAS yang tidak akan keluar mengundi kerana tidak selesa dengan kewibawaan dan kebolehan calon PAS.

Agak sukar siapakah yang akan kecundang dalam pilihanraya kecil ini. Dari segi kempen, kedua-dua jentera sama kuat dan sokongan tradisional bagi BN dan PAS adalah 50-50. Yang menjadi kelebihan kepada kedua-dua calon ini adalah mereka adalah anak tempatan. Calon BN adalah muda dan calon PAS adalah berumur. Pengundi-pengundi muda yang terdiri dari 1,000 orang di DUN ini, rata-rata memihak kepada BN dan ini merupakan satu ransangan kepada Tuan Aziz. Bagi calon PAS, pengundi-pengundi yang keluar mengundi adalah kerana Tok Guru dan bukan Fauzi ikan. Mereka masih menghormati Tok Guru.

Bagi calon BN, diseru penyokong-penyokong tradisional UMNO dan saf pemimpin-pemimpin Bahagian Kuala Krai mesti berdiri teguh di belakang Tuan Aziz supaya BN dapat meraih kemenangan dan seterusnya tidak kecundang kerana faktor dalaman. Ini adalah hakikat yang bukan baru tetapi sering dihadapi dalam situasi hari ini di Bahagian Kuala Krai. Jatuh dan bangkitnya calon BN, Tuan Aziz bergantung kepada aspek penyokong dalaman kerana ini dapat menentukan beliau dilantik ADUN baru DUN Manek Urai, 2009. Masih tidak terlewat dan penganalisis-penganalisis politik tempatan masih yakin Tuan Aziz adalah calon yang tepat dan menaruh harapan beliau menjadi juara pada malam Selasa, 14 Julai 2009.

Hidup BN! Hidup UMNO!

Sunday, July 12, 2009

PRK Manek Urai: 14 Julai Hari Mendebarkan Bagi BN Dan PAS



Oleh: Tulip Desa

14 Julai merupakan hari yang menentukan samada PAS dapat mengekalkan kemenangannya di N41 Manek Urai. Ataupun kemenangan itu bertukar tangan kepada Barisan Nasional. Walaubagaimanapun, ia bukan laluan mudah untuk PAS menang di Manek Urai. Sudah nampak ada tanda-tanda BN mempunyai peluang cerah untuk menang.

Nik Aziz mula gelabah dan panik. Kemungkinan pengundi daripada golongan anak muda yang setia menyokong PAS, tidak balik mengundi. Seandainya ramai pengundi luar tidak pulang, PAS kena bersedia berputih mata atau gigit jari dengan keputusan pilihan raya nanti. Ini akan mengurangkan jumlah undi PAS.

Saat-saat akhir berkempen, kelihatan Tim PAS yang menyokong 'Kerajaan Perpaduan' ,diketuai oleh Nasaruddin yang sebelum ini dilarang berkempen turun padang memberi ceramah. Adakah ini petanda PAS tidak yakin akan menang di Manek Urai? Berkemungkinan PAS gentar dengan jentera BN yang semakin ghairah berkempen bagi memastikan calon BN menang.

Tulip berpandangan tiada 'killer issue' yang dimainkan oleh pembangkang. Pembangkang lebih gemar menyerang peribadi calon dan memainkan isu-isu Nasional seperti royalti minyak dan isu-isu agama. Pengundi sudak muak dengan kempen PAS yang sudah lapuk. Mereka bijak berceramah bermodulkan isu agama yang digunakan sepanjang pilihan raya. Yang peliknya, isu hudud tidak pula dibangkitkan oleh PAS. Mungkin mahu menjaga hati sekutu pakatannya.

Pengundi-pengundi N41, Manek Urai, buatlah pilihan bijak. Undi anda akan menentukan nasib generasi akan datang. Beranilah berubah untuk kebaikan. Penerangan oleh Timbalan Perdana Menteri tentang kegagalan PAS dan Kerajaan PAS mentadbir Kelantan diharap boleh menyedarkan pengundi-pengundi untuk membuat pilihan. Undi BN untuk menjamin masa depan anda.

Friday, July 10, 2009

Korea Utara Lebih Aktif "Berniaga" Di Singapura

OLEH : PEMIKIR - MM

Malaysia sentiasa menjadi punching back negara-negara tertentu. Kebelakangan ini, Jakarta telah menggunakan isu orang gaji dan juga kes Manohara untuk menghentam Kuala Lumpur. Kedua-dua perkara ini mendapat perhatian akhbar-akhbar tempatan masing-masing dan reaksi bercampur-campur. Di Indonesia, telah berlaku demonstrasi-demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia terutamanya berkaitan dengan isu Manohara dan penderaan pembantu rumah Indonesia oleh majikan. Pemimpin-pemimpin Malaysia yang bijaksana telah dapat mengendurkan keadaan melalui perbincangan dan permuafakatan.

Kini Amerika pula telah menuduh Malaysia kononnya menjadi tempat kerajaan Korea Utara menggunakan bank-bank tempatan untuk transaksi dalam penjualan senjata kepada negara ketiga. Perkara ini juga ditonjolkan dalam akhbar-akhbar nyamuk pembangkang.

Pembangkang akan menggunakan apa juga peluang untuk memburuk-burukkan kerajaan yang memerintah. Mereka ini seperti ahli magik cekap mengadakan benda yang tiada, dan meniadakan benda yang ada. Untuk menuduh Malaysia sebagai pusat transaksi untuk Korea Utara memanglah mudah. Sebenarnya, Korea Utara tidak berminat untuk membuat sesuatu yang tidak baik di Malaysia. Amerika mungkin menuduh atas alasan Korea Utara mempunyai pejabatnya di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak bermakna Malaysia mudah diperdayakan. Pihak pembangkang harus memeriksa maklumat sebelum membuat tuduhan.

Pemerhati berpendapat bahawa Malaysia tidak perlu khuatir dengan apa yang disebut oleh Presiden Obama yang dianggap tidak benar. Negara-negara lain seperti Singapura, Republik China, Afrika juga mempunyai hubungan perdagangan dengan Korea Utara. Segi zahirnya, Korea Utara kelihatan dipencilkan tetapi segi realiti ia juga mempunyai jaringan dengan negara-negara dan juga individu-individu tertentu. Ahli-ahli perniagaan Korea Utara secara senyap mungkin mempunyai hubungan-hubungan dengan ahli-ahli kongres di Washington.

Eloklah pembangkang berhati-hatilah dalam membuat tuduhan bertujuan mendapat publisiti percuma. Mereka ini sudah tersasar dan didapati menghadapi ketandusan idea-idea kerana kerajaan BN di bawah DS Najib didapati terus berkesan walaupun baru 100 hari mentadbir.

Tuan Aziz Tuan Mat, 39 Tahun, Bakal ADUN Manek Urai.........Tahniah

OLEH : PEMIKIR -MM

Menjelang Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai 2009, kedua-dua calon BN dan PAS bekerja keras mendekati sasaran masing-masing. Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39 thn, bergerak pantas terutamanya dikalangan pengundi-pengundi muda di kawasan tersebut. Sebagai anak tempatan yang bekerja di Kesedar, beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang. Disamping menjadi Ketua Pemuda Kuala Krai, beliau juga mempunyai pengalaman dalam bidang mengendalikan program-program belia di Kuala Krai.

Peniaga Fauzi, calon PAS, 50 tahun, dianggap sebagai orang lama di Kuala Krai dan khususnya di Manek Urai. Daripada seorang peniaga ikan, beliau kini sudah sampai taraf peraih ikan dimana beliau merupakan pembekal utama di kelantan. Beliau mengenali jumlah besar penduduk DUN Manek Urai melalui pertemuan-pertemuan semasa menjual ikan beberapa tahun kebelakangan ini.

Memandangkan bahawa ada 1000 pengundi-pengundi muda di Manek Urai yang masih berpendirian samar atau atas pagar, jentera parti telah memberi tumpuan kepada segmen ini. Pemuda UMNO telah mengadakan beberapa program seperti membaiki motosikal, membersih masjid secara gotong-royong dan pertemuan semuka dengan kumpulan ini. Program memperbaiki motosikal dikendalikan oleh Pemuda UMNO adalah sangat popular.

Pihak PAS pula juga cari jalan baru untuk memancing minat pengundi muda termasuklah menggunakan pemuda-pemuda memakai serban untuk bertemu orang-orang kampung. cara-cara lazim adalah kempen secara rumah ke rumah.

Pemerhati berpendapat bahawa rata-rata pengundi-pengundi DUN Manek Urai yang di atas pagar sudah mula membuat keputusan untuk memilih calon favourite masing-masing. Mereka ini lebih mirip kepada mengundi personaliti daripada parti. Berasaskan kepada ini, kaum muda Manek Urai kelihatan memihak kepada calon BN iaitu Tuan Aziz. Mereka mudah bermesra kerana calon adalah lebih muda dari Fauzi ikan. Mereka minat kepada Tuan Aziz kerana ibubapa mereka berpuas hati dengan khidmat Tuan Aziz selaku pegawai Kesedar, di kawasan mereka. Penduduk-penduduk tempatan telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri apa yang dilakukan oleh Tuan Aziz untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Adalah dinasihatkan kepada pengundi-pengundi DUN Manek Urai terutamanyayang di atas pagar untuk mengundi calon BN/ UMNO supaya beliau sebagai ADUN baru dapat terus memberi pembangunan di DUN Manek Urai.

Wednesday, July 8, 2009

Lim Guan Eng Tidak Relevan Lagi







Penduduk Kg. Buah Pala yang terdiri daripada penyokong HINDRAF


Oleh: Tulip Desa

Kecoh di media massa, media cetak, mahu pun di kedai-kedai kopi membicarakan isu Kg. Buah Pala, Pulau Pinang. Apa komen kepimpinan PAS dengan tindakan Lim Guan Eng yang tidak membela nasib rakyat di kampung tersebut. Bukankah kepimpinan PAS, begitu memuji kebijaksanaan LGE mentadbir Pulau Pinang. Memang pemimpin Pakatan Rakyat cakap tidak serupa bikin. Masa hendak menubuhkan Kerajaan, pelbagai janji manis ditaburkan. Semua masalah penduduk setempat boleh diselesaikan. Apa dah jadi sekarang? LGE cuci kaki. Semua masalah dihumbankan kepada 2 orang Timbalannya. LGE takut turun padang bertemu dengan penduduk Kg. Buah Pala yang mengundi Kerajaannya.

Mana dia "Cekap, Akauntabiliti Dan Telus"? Mana dia janji LGE yang mahu laksanakan pemerintahan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz yang mengamalkan amal maaruf, nahi mungkar. Itu semua gimik LGE untuk meraih kedudukan politik bagi mengaburi mata pakatan sekutunya PAS. Bukannya senang hendak mentadbir negeri. Mengkritik dan memfitnah memang mudah. Hendak melaksanakannya, bukannya perkara mudah. Tulip berpandangan, LGE perlu letak jawatan, kerana beliau tidak mampu menyelesaikan isu Kg. Buah Pala. LGE sudah tidak releven lagi.

Pengundi Pulau Pinang telah tertipu dengan gula-gula LGE dan Pakatan Rakyat. Nasi sudah menjadi bubur. Acapkali Kerajaan mengingatkan pada pilihan raya ke-12 bahawa pembangkang hanya pandai menabur janji, tetapi tidak melaksanakannya. Sekarang telah terbukti kebenarannya. Nampaknya, Pakatan Rakyat haru biru dengan isu di Alor Setar dan Kg. Buah Pala.

Tuesday, July 7, 2009


Degap Degup jantungManek Urai: Pertarungan dua musuh tradisi,Umno dijangka menang Oleh Megatrambai
-
Siapa yang bakal mewakili Dun Manek Urai agaknya? Persoalan ini akan terjawab pada 14 Julai nanti apabila 12,293 pengundi di Dun berkenaan keluar mengundi pada hari berkenaan. Pihak SPR sudah pun memaklumkan bahawa keputusan PRK Dun Manek Urai akan diketahui selewat-lewatnya pada jam 8.30 malam.
-
PRK Dun berkenaan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob (Pas) yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu. Wakail Pas itu memenangi kawasan terbabit dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (2008) lalu dengan mengalahkan calon Umno dari Barisan Nasional (BN).
-
PRK kali ini akan menyaksikan satu lawan satu di antara Umno (BN) dan Pas. Umno (BN) di wakili oleh Tuan Aziz Tuan Mat dan Pas pula di wakili Fauzi Abdullah. Pertembungan dua musuh tradisi itu bagi merebut kawasan terbabit dilihat oleh kebanyakan pengamat politik sebagai sengit.
-
Ia akan menjadi petunjuk kecenderungan pengundi, khususnya pengundi Melayu terhadap dua parti Melayu terbabit. Jika Pas dapat mempertahankan kerusi yang dimenanginya itu maka ia menunjukkan rakyat Kelantan, khususnya di Dun Manek Urai masih meyakini perjuangannya walaupun Pas sejak kebelakangan ini berhadapan dengan masalah kepimpinan dalaman dan masalah keretakan hubungan Pas dan DAP.
-
Bagi Umno pula, kejayaan di Manek Urai akan menjadi indicator bahawa parti “keramat” Melayu itu masih diperlukan orang Melayu untuk memperjuang nasib mereka. Kemenangan itu juga akan membuktikan kepemimpinan Umno yang ada pada hari diyakini rakyat. Orang melayu dikatakan sudah beralih arah sejak PRU-12 lalu.
-
Trend pilihan raya di Manek Urai menunjukkan kedua-duanya berpeluang untuk menang di situ. Masing-masing sebenarnya tidak boleh ”over confident” bahawa kerusi tersebut bakal dikuasainya. Apakah itu kubu kuat Pas atau sebaliknya, itu bukan persoalannya. Pengundi Kelantan agak unik. Kejutan mampu dilakukan mereka. Sejarah pilihan raya di Dun itu menunjukkan kedua-dua parti itu saling menguasai kawasan terbabit.
-
Umno pernah menguasainya sebanyak enam kali iaitu pada tahun 1959, 1963, 1967, 1974, 1982 dan 2004. Pas juga sudah menguasainya sebanyak enam kali iaitu pada tahun 1978, 1986, 1990, 1995, 1999 dan 2008.
-
Justeru, walaupun Pas dianggap kuat di situ tetapi melihat kepada silih bergantinya penguasaan kedua-dua parti itu maka tidak mustahil Umno mampu menguasai semula kawasan terbabit.
-
Apa yang diperlukan ialah pastikan jentera Umno-BN bergerak secara padu, mantap, lancar dan berstrategi dengan menggunakan pendekatan mesra rakyat – ”rakyat didahulukan”. Daripada 12,293 pengundi di Dun berkenaan, pengundi Melayu adalah sebanyak 99.25 peratus. Selebihnya Cina 0.44 peratus dan India 0.2 peratus.
-
Jadinya, Umno dan Pas dilihat sebagai parti yang lebih dekat dengan hati nurani pengundi Melayu di situ. Oleh itu, Umno mesti faham bahawa walaupun sokongan dari rakan komponen yang lain diperlukan tetapi dalam pilihan raya di Dun terbabit parti itu adalah teras utama yang akan b/jawab menawan hati pengundi.
-
Dalam PRU 2004 Umno mendapat 4,362 undi dan Pas pula 4,309 undi. Umno menang tipis dengan 53 undi. Dalam PRU 2008, kedua-dua parti terbabit meningkatkan undi masing-masing tetapi peningkatan undi Pas adalah lebih besar iaitu 1,384 undi dari tahun 2004. Sebaliknya Umno hanya bertambah sebanyak 32 undi sahaja. Dalam pilihan raya itu Pas memperolehi 5,746 dan Umno pula memperolehi 4,394 undi.
-
Justeru, Umno perlu bekerja kuat untuk menawan lebih ramai hati pengundi. Pastinya kelompok pengundi muda yang mewakili 45.5 (5,598 orang) menjadi sasaran utama kedua-dua parti berkenaan. Dari laporan rakan-rakan yang terlibat secara langsung di PRK Manek Urai, setakat ini pendekatan berkempen dalam kelompok-kelompok kecil menjadi keutamaan kedua-dua parti.
-
Apa pun, kawasan yang dibuka hampir 80 tahun itu sudah berkembang menjadi sebuah penempatan Melayu yang perlu dibagunkan. Manek Urai membutuhkan pembaharuan dan kemajuan untuk masa depan yang lebih baik. Lonjakan pembangunan di Manek Urai akan amat diperlukan supaya faedah dan manfaat dalam kehidupan penduduk Manek Urai dapat benar-benar dirasai dan dinikmati mereka.
-
Kawasan terbabit bukan memerlukan seorang wakil rakyat ynag bukan setakat boleh membaca doa, membaca khutbah, jadi imam solat jenazah, solat waktu dan hadir kenduri kendara tetapi lebih dari itu, wakil rakyat itu mestilah berkemampuan merancang pembangunan kawasan Dun Manek Urai. Sudah tentu ia memerlukan seorang wakil rakyat yang berpendidikan tinggi. Itulah yang sepatutnya diyakinkan oleh pengundi di Manek Urai. Tidak ada ruginya sekiranya pengundi Manek Urai menguji ’keikhlasan’ Umno dengan memberi kemenangan kepada calonnya.

Monday, July 6, 2009

Kemenangan BN Di Manek Urai Dalam Tangan.........

OLEH : PEMIKIR - MM

Selepas Manek Urai mulai 6 Julai 2009 telah bersedia untuk mendapatkan ADUN barunya selepas pengiraan undi pada 14 Julain 2009. BN telah mencalonkan Tuan Aziz Tuan Hamat bagi kerusi ini. Beliau adalah bekas pegawai Kesedar dan disamping itu ialah Ketua Pemuda Kuala Krai. Pas pula telah mencalonkan Fauzi Abdullah, penjual ikan tempatan, disamping aktivis PAS kawasan Kuala Krai.

Rata-rata rakyat Manek Urai mahukan perubahan. Walaupun majoriti didapati selesa dengan keadaan yang ada sekarang. Ini jelas dari trend undi di DUN tersebut. PAS pernah kalah pada di Manek Urai pada Pilihanraya 1982 dan 2004. Ini bermakna UMNO/ BN juga mendapat sambutan dan sokongan pada tahun-tahun itu. Sebutan bahawa DUN Manek Urai adalah kubu kuat PAS memang bermaharajalela di minda-minda penganalisis-penganalisis dan pemerhati-pemerhati politik tempatan semasa.

Kerajaan BN/ UMNO yang dipimpin oleh PM Dato' Sri Najib mempunyai wawasan dan misi yang lebih berorentasikan kepentingan rakyat. Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, menjadi tonggak Barisan Nasional untuk mempastikan tiap rakyat termasuklah di Manek Urai, tidak akan tercicir dari menikmati pembangunan dan kesejahteraan negara. Manek Urai, jika dimenangi oleh BN, sudah pasti masuk dalam arus perdana pembangunan yang disebut-disebut secara serius oleh pemimpin-pemimpin utama Malaysia. Kerajaan peka tentang kedudukan ekonomi dan tahap pembangunan Manek Urai. Kehidupan yang sederhana itu dapat diadakan kerana UMNO ada disitu pada penggal 1982 dan 2004. Input yang telah diberi oleh UMNO pada waktu-waktu itu telah berjaya membawa kemakmuran yang sederhana kepada penduduk tempatan. Keadaan ini akan menjadi lebih meningkat sekiranya pengundi-pengundi Manek Urai memilih calon BN, Tuan Aziz sebagai wakilnya. UMNO telah berjanji untuk meningkatkan pembangunan yang bersesuaian di DUN itu.

Keadaan minda pemimpin PAS terus goyah berkaitan dengan isu Kerajaan Perpaduan dan juga tuduhan-tuduhan melulu oleh Mursyidul terhadap UMNO. Fenomena ini didapati telah menambahkan kebingungan warga Manek Urai. Mereka turut kesal dengan cara-cara Mursyidul berlebih-lebihan bermain politik hingga PAS telah diperangkap oleh DAP dan PKR, yang diketui oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Dalam keadaan sekarang dan juga maklumat dari akar umbi, didapati penyokong-penyokong tradisional PAS sudah mempunyai pandangan bercampur-campur. Walaupun mereka adalah PAS totok, mereka lebih berminat untuk tidak keluar mengundi menyokong PAS. Kini pengundi-pengundi muda menjadi rebutan peraih-peraih undi PAS dan BN. Dalam konteks ini, BN mempunyai skop yang cerah untuk menambat hati-hati pengundi-pengundi untuk memihak kepadanya. Ini dikuatkan lagi dengan Tuan Aziz, seorang calon yang berwibawa dan sangat dihormati oleh anak-anak tempatan Manek Urai jika dibandingkan dengan Fauzi ikan.

Memandangkan bahawa calon BN/ UMNO mendapat sokongan kuat di lapangan, harapan BN untuk menang di DUN Manek Urai sungguh cerah.

Sunday, July 5, 2009

PENGUNDI MANEK URAI MAHU PERUBAHAN

Sumber; Oleh : M.Perry http://wiramalaysia.blogspot.com/


Pengundi DUN Manek Urai , Kelantan akan keluar mengundi memilih wakil mereka pada 14 Julai 2009. Jumlah pengundi yang berdaftar bagi DUN Manek Urai adalah seramai 12,293 pengundi . Daripada jumlah tersebut golongan belia berusia 21-39 tahun merupakan 45.5 peratus atau 5,598 orang. Manakala pengundi berumur 40 - 59 tahun seramai 4,511 orang. Selebihnya 1,937 pengundi di DUN ini terdiri daripada warga dalam lingkungan umur 60-79 tahun.




Apakah demografi pengundi DUN Manek Urai tersebut akan mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil pada 14 Julai 2009 ataupun apakah perselisihan faham antara pemimpin-pemimpin utama dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS baru-baru ini, sekaligus Pakatan Rakyat akan mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil Manek Urai?Mampukah Pakatan Rakyat dapat mempertahankan kemenangan yang berturut-turut dicapai dalam pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke 12 atau pun apakah UMNO (BN) akan mengulangi rekod pilihan raya umum tahun 2004 ?

Dalam pilihan raya umum pada tahun 2004, BN memenangi DUN ini dengan 53 undi majoriti.Penganalisaan keputusan pilihan raya umum pada tahun 1995,1999 dan 2004 jelas menunjukkan bahawa sokongan PAS di DUN Manek Urai ternyata makin surut. Manakala sokongan bagi BN didapati meningkat beransur-ansur walaupun tidak mampu mencatat kemenangan dalam pilihan raya umum kecuali pada tahun 2004.
Pada pilihan raya umum yang terakhir pada tahun 2008, PAS mencatat kemenangan hanya dengan majoriti 1,352 undi sahaja.Jumlah majoriti ini adalah tidak membayangkan peningkatan yang mendadak dalam sokongan politik bagi PAS kerana tahun 2008 memperlihatkan perubahan dalam citarasa pengundi di seluruh negara sehingga ada yang menyimpulkan Malaysia melanda dengan tsunami politik.
Tinjauan awal sekitar DUN Manek Urai, menunjukkan bahawa pengundi di sekitar Manek Urai tidak banyak hiraukan isu nasional,malah mereka lebih mementingkan masalah harian yang lebih dekat dengan hati mereka. Sehubungan ini, sebahagian besar pengundi DUN Manek Urai melahirkan pendapat dan yakin bahawa kepimpinan Tok Pa mampu menyediakan perkhidmatan yang lebih baik daripada Paksu Mail atau pun mampu membangunkan DUN ini lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh Paksu Mail daripada parti PAS.
Walaupun DUN Manek Urai dikatakan kubu kuat PAS, tetapi PAS pernah kecundang pada tahun 1982 dan 2004. Lebih-lebih lagi pergolakan politik dalam kepimpinan lapis kedua dalam parti PAS semakin menghakis kekuatan PAS yang tersedia ada di Kelantan,apatah lagi di Manek Urai. Maklumat-maklumat dari lapangan mendedahkan bahawa ada pihak tertentu dalam parti PAS merancang dan bertindak untuk mengurangkan populariti dan imej Tok Guru sebagai seorang pemimpin PAS yang disegani .
Segelintir penyokong PAS yang memihak pemimpin-pemimpin PAS dari luar Kelantan juga dikesan menjalankan taktik-taktik untuk mendatangkan kekalahan kepada calon PAS di Kelantan supaya Tok Guru dapat ditonjolkan sebagai seorang pemimpin yang luntur pengaruhnya di kalangan ahli-ahli PAS.
Perkembangan politik terakhir yang tidak memihak PAS dan trend kemerosotan sokongan di kalangan golongan muda terhadap calon PAS di DUN Manek Urai jelas membayangkan UMNO (BN) akan mengulangi peristiwa Pengkalan Pasir di Kelantan dalam pilihan raya kecil ini. Sejarah juga menunjukkan sikap rakyat Kelantan yang berani membuat percaturan politik dan tidak memikat kepada satu parti tertentu. Tahun 2004 menyaksikan BN menang 21 daripada 45 kerusi DUN dan menambah satu lagi kerusi pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir pada 2005. PAS memerintah Kelantan dengan hanya mempunyai majoriti satu kerusi DUN sahaja iaitu 23 kerusi DUN. Ini menunjukkan rakyat Kelantan boleh diubah persepsinya untuk menyokong UMNO tidak taksub dengan PAS.
Beberapa indikator lain dalam analisis suasana politik di Manek Urai membayangkan bahawa golongan muda memihak calon BN Tuan Aziz Tuan Mat. Malah, tinjauan awal menunjukkan golongan pengundi dewasa hampir 3,500 orang akan tetap bersama BN. Sekiranya 650 pengundi muda yang baru mendaftar memihak calon BN,maka peluang bagi BN mencatat kemenangan adalah amat cerah. Dengan latarbelakang politik ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa usaha PAS untuk mempertahankan DUN Manek Urai semakin samar. Manakala peluang BN merampas DUN tersebut semakin cerah.

Friday, July 3, 2009

PAS SANGGUP GADAI MARUAH


Komen Wira:

  1. Bila Ulamak sanggup membelakangi FATWA PAS; apa akan jadi kepada HALATUJU PAS?
  2. Bila MARUAH pula diGADAI demi setiakawan PAKATAN RAKYAT; adakah PAS bakal menjadi BONEKA PAKATAN RAKYAT?
  3. Memadai hanya ideologi politik berbeza tetapi jangan sesekali memusuhi saudara sendiri!
  4. Adakah UMNO KOMUNIS atau DAP KOMUNIS?
  5. Adakah UMNO SESAT atau PKR SESAT?
  6. Kita akan tetap berdepan dengan PERSOALAN yang cuba dibentuk oleh ULAMAK PAS... yakin dan pasti hubungan setiakawan PAKATAN RAKYAT hanya kekal bila masalah rumah penyembelihan babi di Kedah dan penempatan Penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang dikekalkan!
  7. Sampai bila MARUAH PAS diPIJAK demi realisasikan pembangunan PAKATAN RAKYAT?




Bertolong bantulah kebaikan dan taqwa, jangan tolong buat dosa dan permusuhan.



Al-Quran diturunkan untuk menjadi pedoman hidup bangsa Arab yang terkenal dengan zaman kejahilannya pada masa tersebut. Namun Al-Quran itu bukan sahaja harus menjadi panduan hidup kepada kaum Arab sahaja. Melayu, Cina, India, Jawa ke... Banjar ke... orang Perak ke... orang Klate ke... orang Kedah ke... atau orang PAS ke orang UMNO ke... sesiapa sahaja yang mengaku beriman dengan Allah wajib mengambil kalimah Allah sebagai pedoman hidup.

Berbalik kepada senario politik Melayu kita semalam dan hari ini, agak janggal kita melihat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi terus berbalah, berkelahi malah sanggup memutuskan tali persaudaraan sesama Islam. Dulu mereka mengkafirkan sesama Islam, semalam mereka sanggup menolak malah mencaci maki puak UMNO yang katanya nak bersatu dengan PAS membentuk Kerajaan Perpaduan.

Lebih menghairankan lagi, mereka sanggup menempelak dan ingin mengusir Ustaz Nasharuddin Mat Isa keluar dari PAS kalau terus nak berpakat dengan UMNO bagi penyatuan bangsa Melayu dan pengukuhan Islam.

Inilah kita...! Inilah bangsa kita...! Inilah cara busuk yang selalu kita amalkan. Kita suka memaki hamun sesama kita. Kita sanggup berpatah arang sesama saudara. Malah kita tidak segan-segan berkerat rotan sesama bangsa kita walaupun kita tahu akhirnya kita sendirilah yang akan rugi, rugi...rugi... dan Melayulah yang akan terus rugi...!

Kita tahu, memutuskan silaturrahim antara saudara Islam ini adalah satu perbuatan yang cukup buruk dan sangat hina sekali. Tidakkah kita mahu sedar bahawa ini bukannya daripada ajaran Islam, sebaliknya sangat dilaknati oleh Islam. Tidakkah kita mahu menginsafi bahawa ini sebenarnya amalan syaitan?

Kita tidak mahu bersatu dengan Melayu UMNO kerana kita kata mereka sesat macam Ayah Pin, kita kata mereka sosialis yang tolak agama Islam, kita kata UMNO sama dengan KOMUNIS Chin Peng. Walaupun kita tahu Chin Peng itulah yang memporak perandakan bangsa kita, agama kita, negara kita malah kesejahteraan hidup kita suatu masa dulu. Sebaliknya UMNO itulah yang berhempas pulas mempertahankan tanah air tercinta ini dan mengenyahkan Chin Peng dari wilayah keramat ini.

Nah... kini di Kedah kita digemparkan pula apabila DAP memutuskan keluar daripada Pakatan Rakyat Kedah kerana Ustaz Azizan dah robohkan tempat penyembelihan babi di Alor Setar. Tapi... apapun bagiuh lah Ustaz Azizan berani buat macam tu... orang Sg. Bujur Sg. Limau Dalam sokong le tuu...!

Namun apa yang perlu kita renungkan dan ambil natijahnya bahawa DAP berpakat dengan kita kerana kepentingan mereka akan dipenuhi. Mereka mudah sahaja berbalah dengan kita hanya kerana bab BABI, BABI,... dan memang BAABIII...! DAP dengan mudah sahaja berkelahi dengan kita walaupun persoalan babi. Bayangkanlah jika membabitkan persoalan yang lebih besar seperti pembahagian kek kemakmuran negara, persoalan tanah 999 tahun ataupun kebebasan Agama atau lain-lain lagi?

Wajarlah DAP berkelahi dan keluar Pakatan Rakyat Kedah kerana dah jelas ideologi politik mereka tak sama, warna pun tak sama, agama jelas dah berbeza. Makanan pun tak sama – mereka makan babi, kita dakk. Yang kita pi dok tutup tempat sembelihan babi tu buat apa...? DAP takut nanti babi depa tak boleh disembelih... dan, tentu nanti depa kata pada Ustaz Azizan bila babi tak disembelih, maka hukumnya akan jadi haram. Nanti puak-puak DAP naik atas pentas dok berceramah dan berhujah macam tu, apa kita nak kata dah...? DAP la ni pun, sikit-sikit pakai ayat Quran.

Tak apalah, persoalan tu...biaq pilah, Ustaz Azizan pasti ada jalan penyelesaiannya. Tapi apa yang menyedihkan, memilukan dan meruntun-runtun hati ini, kita sesama kita yang sanggup memaki hamun dan berpatah arang serta berkerat rotan kerana nak menjalin hubungan Kerajaan Perpaduan. Satu pihak yang lain tetap berdegil, keras kepala tak mahu melupakan cerita lama, kononnya pernah dikecewakan oleh UMNO suatu masa dulu. Biarlah kita dok bergocoh sesama kita asalkan kita berbaikbaik dengan puak lain walaupun demo tu makan babi yang tak disembelih sebab Ustaz Azizan dah robohkan rumah sembelihannya.

Ya Allah... Ya Tuhan kami, satukanlah hati-hati kami, satukanlah hati orang-orang Melayu. Janganlah kami menjadi berpecah-belah dan berpuak-puak kerana berpolitik...! Amin.


Sumber : Abl




Dah ramal awal dah ....Pakatan Rakyat pakatan merapu: PR umpama sarang labah-labah

Oleh Megatrambai
-

Sejak akhir-akhir ini tiga serangkai pembangkang (PAS, Keadilan dan DAP) yang bercita-cita meniru konsep BN tetapi menamakan kerjasama mereka sebagai ’pakatan’ bukan ’barisan’ menampakkan wajah sebenarnya apabila pelbagai isu mula melanda mereka. Pakatan yang mereka asaskan makin goyah kerana binaannya ynag rapuh umpama sarang labah-labah.
-
Isu-isu ynag melanda mereka menampakkan wajah sebenar tiga parti yang bertentangan (berkonflik) ideologi;masing-masing cuba menonjolkan perjuangan kepartian mereka. Luarannya tampak seolah-indah mata memandang tetapi didasarnya terpendam perjuangan semangat cauvinisme yang kental .
-
Sebaliknya BN lebih bersifat toleran dan saling mengerti antara satu sama lain – keadilan untuk semua berasaskan realiti sejarah dan kependudukan negara ini.Ia sudah terbukti lebih separuh abad lamanya.Kini diperkuatkan dengan konsep kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak iaitu 1Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
-
Konflik dan perpecahan PR sudah dijangka sejak awal-awal lagi kerana kerjasama (pakatan) yang mereka bina semasa PRU-12 (2008) hanya satu bentuk ’pakatan plilihanraya’ (electoral pact) atas dasar politik kebencian terhadap Umno-BN.
-
Politik kebenciaan ini disebar luas secara membina persepsi (politik persepsi) yang disalut pelbagai tuduhan, fitnah, kata nista dan hasutan yang berupaya memain dan membakar sentimen, emosi dan pemikiran rakyat ke arah melihat segala-gala hodoh dan keji terhadap Umno-BN. Saluran media yang paling meluas digunakan mereka ialah ’blog’ dan ’portal news’.
-
Sebenarnya pakatan yang dibina untuk hadapi BN dalam PRU-12 itu tidak ada asas keyakinan sesama mereka. Hanya satu yang mempertautkan mereka ketika itu, iaitu ’politik kebenciaan’ terhadap Umno-BN.
-
Seperti yang disebutkan bahawa elemen ’persepsi’ yang diguna secara meluas dalam kempen-kempen mereka agak berjaya mempengaruhi sebilangan besar pengundi, terutamanya golongan muda sehingga memenangkan mereka di 5 negeri (termasuk WP) + 1 (Kelantan) = 6 negeri menjadikan kejayaan yang tidak diduga itu melonjakkan semangat mereka untuk terus memantapkan ’’pakatan’ mereka.
-
Namun, ”kaca tetap kaca” - ketiga-tiga parti pembangkang tersebut tetap komited untuk memperjuang dan mempertahankan ideologi masing-masing. PAS berideologi Islam, DAP (anak kandung PAP Singapura) terus dengan semangat ’’Malayasian Malaysia’ dan PKR berideologi liberal-sosialis. Liberal-sosialis tidak serasi dengan PAS (ideologi Islam) tetapi mungkin serasi dengan DAP yang memperjuang konsep kesamarataan tanpa memperdulikan kedudukan kaum Melayu sebagi teras kependudukan negara ini.
-
Apa yang dibina mereka umpama membina sarang labah-labah yang rapuh. Sarang ini kalau dah musnah rimas dan membelit dibuatnya. Perkembangan terkini di dalam PR mengenai isu meroboh rumah penyebelihan babi di Kedah dan isu Kg. Buah Pala, PPinang dapat menjelaskan haru birunya pakatan pembangkang itu.
-
Berikut disenaraikan pertentangan mereka yang mengambarkan kepentingan ideologi masing-masing mengatasi semangat permuafakatan sebenar seprti yang ada dalam BN:-

1. Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su : ”Tindakan DAP Kedah keluar pakatan adalah serius” – dalam erti kata lain ‘bukan main-main’ atau ‘acah-acah’.
-
2. Zulkifli Noordin, AP Kulim Bandar Baru (PKR, tapi pandangan penulis jiwanya lebih serasi dengan PAS) memberi reaksi DAP tidak perlu ugut kerajaan negeri (Kedah). Katanya, ”Jika hendak meneruskan *permuafakatan dengan cara ugutan ia tidak akan bertahan lama, Pakatan kan berpecah” . (*permuafakatan - bagi penulis istilah sebenar yang sepatutnya digunakan ialah persekongkolan untuk meneruskan agenda menjatuhkan kerajaan BN atas dasar kebencian. Bila dah jatuh masing-masing akan mendakwa ia lebih berhak untuk menerajui negara ini. Maka jadilah konflik dan pertembungan ideologi yang boleh mengancanm kestabilan dan keselamatan negara).
-
3. Lee Guan Aik, ADUN Kota Darulaman akan isytihar sebagai Adun Bebas.
-
4. Nik Aziz tidak mahu campurtangan isu di Kedah.
-
5. Di P.Pinang, penduduk Kg Buah Pala marah Guan Eng, Ketua Menteri (DAP) kerana gagal menunai janji membela rakyat. Sebaliknya Guan Eng salahkan Hindraf yang satu ketika dulu perjuangan Hindraf disokong dan belanya.
-
6. Sikap Guan Eng ditempelak oleh Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kg Buah Pala. Katanya, ”Beliau tidak tahu bersyukur kerana jika bukan Hindraf Pakatan Rakyat tidak akan menang banyak kerusi serta memerintah negeri.”
-
7. Cadangan Wacana Ilmiah antara Pemuda PAS dan Pemuda Umno dibantah keras oleh Pemuda Sosialis DAP. Zulkifli Noordin memberi reaksi bahawa bantahan tersebut mengambarkan mereka ’sekular’. Penulis melihat kekankangan utama usaha murni antara Pas dan Umno ialah DAP – Pas seolah-olah tunduk kepada tekanan DAP.

Thursday, July 2, 2009

Surat Pembaca Kepada Datukl Nik Aziz - 4 (NIK AZIZ SEMAKIN MELAMPAU HINA UMNO)

Pemimpin UMNO sebenarnya memang kuat sabar. Walaupun Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu ceramah di manek Urai Kelantan menyamakan UMNO dengan ajaran sesat yang sama tarafnya dengan ajaran sesat Ayah Pin, mereka tetap sabar. Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis atas ucapan Nik Aziz itu.


Menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin adalah suatu penghinaan yang keterlaluan. Dalam sejarah, perbuatan pemimpin PAS menghukum dan menghina UMNO sesuka hati bukanlah baru.


Tahun 1959 muncul seorang ahli PAS dikenali sebagai Tok Guru Haji Omar Daud dari Pasir Mas, Kelantan, mengkafirkan UMNO. Haji Omar adalah Ahli Jawatankuasa Ulama Pas dan Wakil Rakyat di kawsan Dewan Undangan Negeri Bandar Pasir Mas. Beliau pernah ditahan di bawah ISA kerana perbuatannya itu.


Pada tahun 1963 Dewan Ulama Pas Kelantan telah mengelurakan fatwa menghukumkan orang Islam yang bekerjasama dengan bukan Islam sebagai kafir. Fatwa tersebut berbunyi:

"Orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram".


Tahun 1978 Dewan Ulama Pas Kelantan dalam perjumpaan di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan, selepas Pas keluar daripda Barisan Nasional (BN), membangkitkan semula hukum kafir terhadap UMNO. Dewan Ulama Pas Kelantan itu menuduh UMNO kafir.


Tahun 1979 Tok Guru Pas di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan, Haji Mustafa Abu Bakar mengeluarkan fatwa semasa berceramah di sebuah surau di Hulu Besut mengkafirkan ahli UMNO.


Disebut di mahkamah bahawa beliau didapati menuduh "orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional (BN) hukumnya murtad" dan örang UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan imam sembahyang". Juga "sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan"; "tidah sah akad tikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional" dan "kalu tidak sefahaman antara suami isteri jika salah seorang Pas yang satu Barisan Nasional nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalu dapat anak hukumnya anak zina".


Presiden Pas, datuk Seri Hadi Awang juga pernah dalam fatwanya tahun 1982 menghukum kafir kepada orang UMNO iaitu apa yang disebut sebagai 'Amanat Hadi'. Semua roang telah maklum dan tidak perlu dijelaskan lanjut mengenai amanat dan hukum yang dibuat oleh Hadi itu.


Nik Aziz bukan sahaja suka membuat tuduhan yang bukan-bukan kepada orang UMNO bahkan beliau sendiri pernah mengeluarkan kenyataan melampau terhadap agama Islam Yang Maha Suci, seperti Tuhan juga samseng, Tuhan mencarut, sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk kemenangan dan sebagainya.


Namun kata-katanya yang cukup menyinggung perasaan umat Islam itu tenggelam begitu sahaja dimamah zaman, walaupun ia cukup melampaui batasan ajaran Islam.


Semasa ajaran Ayah Pin berada di peringkat yang cukup kritikal, Pas yang menjadi kerajaan di Terengganu tidak mengambil tindakan tegas untuk menghapuskan ajaran sesat itu. Pelbagai binaan wujud di perkampungan Ayah Pin di Hulu Besut.


Apabila Barisan Nasional mengambil alih semula Kerajaan Terengganu barulah 'cerek gergasi', 'perahu Nabi Nuh', 'payung kuning' dan sebagainya dibina sekitar tahun 2001 hingga 2003 (di zaman pemerintahan Pas) telah dirobohkan oleh Kerajaan BN-UMNO Terengganu.


Lantaran itu wajarkah UMNO disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin dan Pas ajaran yang betul dan tiada cacat celanya.


Sesungguhnya Nik Aziz semakin melampau apabila merasakan tiada siapa boleh mengambil tindakan ke atasnya.
Komen Wira:
Fatwa PAS mudah ditutur dan dipercayai ... UMNO sering menjadi mangsa demi mempastikan survival politik kotor yang dimainkan oleh PAS. Adakah pengundi Manek Urai nak diperbodoh dan diperlekehkan untuk merealisasikan FATWA PAS?...
Terlalu banyak pembohongan FATWA PAS yang dihebahkan kepada rakyat MALAYSIA... Yakin dan percayalah akan ramai ibu tunggal, bapa tunggal, anak zina yang mereka gelar....Dan ANDA akan menyaksikan KETENTERAMAN dan KEDAMAIAN yang PAS bawa untuk melihat perpecahan antara UMAT ISLAM di negara ini.

Wednesday, July 1, 2009

PAS HILANG TARING



Tolak! Jangan tak tolak!.....Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya membuat pusingan gasing 360 darjah bila isu Kerajaan Perpaduan dapat disangkal dan memberikan najis kepada UMNO demi mempertahankan hubungan SETIAKAWAN PAKATAN RAKYAT.

Sungguh sedih bila ada ulamak serta pemimpin yang cukup disegani membelakangi satu cadangan yang cukup harmonis demi perpaduan di kalangan umat Islam dan Melayu. Inilah reaksi Abdul Hadi bila menyentuh isu KERAJAAN PERPADUAN dengan menyatakan bahawa idea ini telah disalah erti dan dipermainkan oleh UMNO bagi merenggangkan hubungan parti dalam Pakatan Rakyat.


Siapa yang membuat cadangan terlebih dulu? Siapa yang mendapat desakan DAP dan PKR? Dan akhirnya tidak sampai 3 minggu selepas muktamar PAS tunduk dengan kehendak DAP dan PKR. Sedangkan semasa muktamar Abdul Hadi dengan lantang menegaskan bahawa PAS terbuka untuk membincangkan dengan mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan Perpaduan.


Tindakan Presiden PAS telah membuktikan bahawa PAS selama ini hanya melekut di tepi gantang dengan kekuatan yang kononnya ada pada DAP dan PKR. Ke mana hala tuju PAS yang berjuang demi Islam? Pertahankan hak orang Melayu? Nyata sekali PAS bagaikan seekor harimau tanpa TARING. Sanggup melihat penindasan ke atas bangsa dan agama sendiri demi memastikan survival politik yang diperjuangkan dalam PAKATAN RAKYAT...




Jika ini adalah halatuju PAS nyata sekali perjuangan semasa tahun 1974 telah terKUBUR seperti peribahasa Melayu "kacang lupakan kulit", "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan", "harapkan pagar, pagar makan padi".


Tuesday, June 30, 2009

Penerimaan Rakyat Manek Urai selepas 24 jam menjadi Calon BN


Syarat utama rakyat MANEK URAI pilih calon hendaklah

PEMIMPIN MESRA RAKYAT!

Komen Wira:
Wira telah meneliti biodata calon BN dan jelas Tuan Aziz mampu membawa arus perubahan yang besar kepada rakyat N.41 Manek Urai kerana beberapa perkara yang perlu diKETAHUI oleh semua RAKYAT MALAYSIA;-
  1. Anak tempatan N.41 Manek Urai
  2. Boleh bertutur dalam 3 bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris & Bahasa Mandarin)
  3. Pendidikan awal di SK Sultan Yahya Petra, Kuala Krai & SM Sultan Yahya Petra
  4. Pendidikan tinggi sehingga hari ini : Graduan Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia.
  5. Pernah berkhidmat sebagai Pengurus Pemantauan & Penyelarasan Projek di KESEDAR pada tahun 1997.
  6. Tahun 2005 telah dilantik sebagai CEO KESEDAR Perkilangan Sdn. Bhd.
  7. Mantan Naib Pengerusi Majlis Belia jajahan Kuala Krai.
  8. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai.


Surat Pembaca Kepada Datuk Nik Aziz - 3 (Mohon Nik Aziz Cermin Diri)

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Ni Aziz baru-bari ini yang menyifatkan UMNO sebagai sama dengan komunis adalah sangat keterlaluan kerana menyamakan parti yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara dengan pengganas yang memporak perandakan negara.

Adakah wajar UMNO, sebuah parti yang menjadi tunggak pemerintahan negara dan terbukti telah banyak menyemarakkan syiar Islam,disamakan dengan komunis yang bukan sahaja menentang Islam tetapi telah membunuh, menyiksa serta memusnahkan harta benda sekelumit rasa belas kasihan.

Komunis telah mendatangkan mala petaka kepada negara ini, menggugat kehidupan rakyat dan berusaha menghancurkan negara demi mencapai cita-cita menjadikan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai paksi memerintah negara ini.

Tiada apa pun kebaikan komunis walau sebesar hama, melainkan penderitaan dan kepayahan berpanjangan yang mereka semaikan kepada negara dan rakyat sehingga darurat terpaksa diisytiharkan.

Selama 12 tahun darurat dari tahun 1948 sehingga 1960, banyak usaha ditumpukan ke arah pembasmian kuncu-kuncu komunis sehingga pembangunan negara dan program-program untuk kesejahteraan rakyat serta pembangunan ekonomi tergendala.


Malah selepas darurat, bahana durjana komunis terus berpanjangan. Ramai anggota tentera dan polis, juga orang awam, terkorban akibat kekejaman komunis yang tidak berhati perut. Kekejaman komunis tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan perbuatan mereka tidak dapat dimaafkan.

Justeru adalah wajar UMNO sebagai sebuah parti yang didokong oleh orang Islam, dan yang telah terbukti begitu komited dengan perjuangan membangun dan meninggikan syiar Islam, memakmurkan serta membela nasib rakyat sebagai kaum,disamakan dengan komunis yang tidak berhati perut dan tidak mengakui Islam? Ini satu penghinaan yang langsung tidak berasas.

Nik Aziz dianggap sebagai Tuan Guru dan ulama. Tetapi sayang kata-kata beliau langusng tidak mempamerkan kemuliaan sejajar dengan gelaran pada dirinya. Kata-kata beliau langsung tidak berhemah dan semata-mata berdasarkan politik serta ikut sedap mulut.


Kita sama-sama tahu bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Kerajaan yang berteraskanUMNO telah banyak membina masjid dan syiar Islam sentiasa dipertingkatkan. Jika UMNO itu komunis adakah ini semua akan dilakukan? Adakah kita akan dapat hidup aman dan maju seperti yang kita kecapi hari ini, termasuk Nik Aziz sendiri?

Malah kemajuan dan kejayaan Malaysia sebagai negara Islam juga diakui oleh banyak negara luar, termasuk negara islam lain. Ini membuktikan UMNO bukan sahaja telah berjaya memartabatkan negara daripada segi sosio-ekonomi, tetapi pembangunan dan kemajuan syiar Islam juga mencuri perhatian negara luar.

Perkara ini semua tidak akan berlaku jika UMNO itu seperti komunis. Fahamilah wahai Tuan Guru. UMNO sebenarnya lebih banyak membangunkan syiar Islam dibandingkan dengan Pas sendiri. UMNO lebih praktikal memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air, bukan hanya bercakap kosong seperti Pas.

Saya bermohon agar Tuan Guru dan Pas berhenti menuduh dan melabelkan UMNO semata-mata kerana kepentingan politik, semata-mata untuk menyedapkan hati penyokong yang mudah percaya dan menjadi 'pak turut'. Berhati-hatilah berkata kerana fikir itu pelita hati.

Dulu Pas kata UMNO KAFIR, sekarang kata KOMUNIS. Jika Pas benar-benar parti Islam seperti yang didakwa, ia tidak harus membuat dakwaan liar terhadap insan seagama yang akibatnya meletakkan Pas pada mertabat yang rendah. Cerminlah diri.

PANGLIMA AWANG
Kuala Lumpur.

Sumber: Ruangan Forum Utusan Malaysia 1 Julai 2009

Monday, June 29, 2009

Konsep 1 Malaysia Dicetuskan PM Perlu Sokongan Semua Pihak

Idea 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi sebutan dan dukungan rakyat di mana-mana dan diharapkan momentum ini berkekalan selama-lamanya. Sabtu lalu, lagu dan logo rasmi 1 Malayisa diumumkan kepada khalayak rakyat yang prihatin terhadap perpaduan sebagai aset tetap negara ini sejak separuh abad lalu.
Dalam kita menyanyikan lagu dan menjiwai lagu 1Malaysia, ada suara sumbang yang terus memperlekehkan hasrat murni kerajaan dengan membuat pelbagai provokasi dan sensasi yang amat tidak dialu-alukan oleh majoriti rakyat.
Konsep '1Malaysia:Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' mencerminkan perubahan yang ingin dibawa oleh Perdana Menteri kita. Diharap konsep 1Malaysia dapat dijiwai sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia yang terkenal sebagai masyarakat penyayang dan prihatin.
Suara yang tidak menyokong dan menganggap konsep perpaduan dalam kepelbagaian sebagai konsep lapuk, perlu melihat usaha dilakukan Perdana Menteri yang dilihat mendekati rakyat secara terus tanpa protokol dan kerenah birokrasi yang membosankan.
Perdana Menteri dengan jiwa besar beliau sebagai seorang pemimpin tertinggi negara tidak kekok untuk menyusuri jalan-jalan tumpuan orang ramai di ibu negara bagi mendekati mereka dan kerunsingan di pemikiran mereka.
Lambang pemimpin yang mengimpikan 1Malaysia yang nyata dan direalisasi mengikut apa yang dicita-citakan. Tidak perlu masa dibuang untuk mengajak pemimpin yang masih diselaputi dendam dan amarah untuk bekerjasama sedangkan rakyat amat memerlukan setntuhan kasih sayang seorang pemimpin yang benar-benar berjuang untuk mengisi tembolok mereka dan anak-anak mereka.
Rakyat tidak memerlukan pemimpin yang banyak bercakap dan hebat dengan manifesto hingga membingitkan telinga tanpa ada penzahiran yang dinamik. Namun gagasan 1Malaysia dirasakan sejak hari pertama Perdana Menteri kita dilantik menduduki kerusi nombor satu negara ini.
Kita perlu menilai adakah politik yang pelbagai macam cara dan kempen mampu mengubat hati rakyat yang kehilangan kerja melainkan hanya kerajaan yang mempunyai jentera dan sumber membantu.
Perlukah kita terus-terusan mendabik dada bahawa kuasa yang ada boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk memperlecehkan orang lain. Mengapa kuasa itu tidak digunakan untuk bersatu-padu dan menjadi bangsa yang kuat dan dihormati.
1Malaysia bukan sekadar slogan yang diasaskan untuk mencari kemenangan dan sokongan. Ia adalah 'wake-up call' buat rakyat negara ini untuk menyedari di mana kita bermula dan bagaimana kita bertolak ansur sesama kita selama kita merdeka daripada cengkaman penjajah.
Rumah terbuka peringkat kebangsaan anjuran kerajaan sempena hari perayaan setiap kaum di Malaysia seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan Pesta Kaamatan sungguh unik dan perlu dikekalkan kerana ia melambangkan toleransi masyarakat sebagai identiti 1Malaysia yang sejati.
1Malaysia adalah dua perkataan yang membawa makna besar jika ia dihayati sepenuhnya. Semoga majoriti rakyat terur bersatu demi Malaysia tercinta.
ABDUL RAZAK IDRIS,
Banting, Selangor.
Sumber: Ruangan Surat & E-mel 29 Jun 2009

Surat Pembaca Kepada Datuk Nik Aziz - 2 (Kepimpinan jumud Mursyidul Am Pas tidak lagi RELEVEN)

Saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Kelantan kerana mengejutkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat daripada lena dalam keegoannya. Jangan hanya kerana menjadi salah seorang pemimpin sebuah parti yang berteraskan Islam, beliau lantang dalam ucapannya menganggap UMNO dan pemimpin serta seluruh ahlinya sesat.
Perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang mengakui diri umat Islam apa lagi bergelar ulama.
Anehnya, apabila Ketua Pemuda UMNO Kelantan dengan berani membuat laporan polis berhubung kandungan ucapan Nik Aziz yang berupa fitnah itu, akhirnya Menteri Besar Kelantan itu membuat kenyataan bahawa apa yang diperkatakannya hanyalah kiasan semata-mata. Sudah terhanduk baru terngadah.
Kemudian ulama itu ingin pula menjemput Perdana Menteri untuk berdebat. Untuk apa? Kalau perdebatan yang dicadang itu bertujuan membicarakan perkara remeh, rasanya ia hanya membuang masa.
Jika Nik Aziz benar-benar ingin melihat ukhuwah Islamiah yang mantap, seharusnya beliau tidak membantah terus cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dilemparkan oleh rakan seperjuangannya dalam Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sekiranya, Nik Aziz benar-benar ikhlas, jujur dan mementingkan perpaduan, sebaiknya beliau mencadangkan untuk meneruskan semua perbincangan UMNO-PAS. Usah diheret Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana Hadi hanya mengsyorkan agar UMNO dan Pas terlebih dulu berbincang untuk pembentukan kerajaan perpaduan.
Berbincanglah dulu baru mengambil keputusan, bukannya bila sudah berbincang maka kerajaan perpaduan akan terbentuk secara automatik. Itu tidak mungkin berlaku kerana UMNO dan Pas masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara ini.
Debat bukanlah tidak baik tetapi ia lebih bersifat agresif berbanding muzakarah. Debat biasanya menjadi medan satu-satu pihak untuk mempertahankan dan menegakkan ideologi masing-masing. Adalah lebih rasional jika pemimpin kedua-dua parti bertemu dan bermuzakarah serta mengambil rumusan terbaik ke araj penyatuan dan perpaduan umat Islam.
Kalau perbincangan pun masih tidak mampu dilaksanakan, apa perlunya perdebatan? Adakah Nik Aziz ingin melihat perpecahan di kalangan ummah?
PERMATA HITAM
Sabah.
Sumber: Ruangan Surat & E-Mel Berita Harian 29 Jun 2009

Komen Wira:

  1. Bila Ulamak mula memutar belitkan kata-katanya.... rakyat semakin keliru? Layakkah dia diHORMATI?
  2. Bila prinsip politik mula disanjung, ajaran agama diketepikan... SALAH SIAPA?
  3. Bila Ulamak membawa sifat PERMUSUHAN sesama UMAT ISLAM, HARUSKAH kita katakan beliau sebagai orang yang WARAK?

Surat Pembaca Kepada Datuk Nik Aziz - 1 ('Politik Jahiliah' Rugikan Bangsa Melayu)

Politik adalah alat untuk mencapai matlamat kesempurnaan hidup dalam semua perkara di sesebuah negara. Sebeb itulah dalam, konteks politik di Malaysia, saya melihat Kaum Cina dan India amat bijak berpolitik, berbanding sesetangah kelompok orang Melayu.
Saya juga orang Melayu dan beragama Islam. Saya berasa sangat dukacita apabila hasrat mewujudkan kerajaan perpaduan, tidak menjadi. Adakah ulama sendiri menentang perpaduan? Saya keliru dengan hala tuju perjuangan mereka.
Saya berpendapat, perpaduan dari sudut politik jika direalisasikan, impaknya sangat besar kepada pertumbuhan ekonomi umat Islam, kerana itu saya sokong kerajaan perpaduan khususnya antara Pas dengan UMNO. Apabila ini berlaku, Malaysia akan lebih maklmur. Ia akan melimpah kepada semua kaum.
Justeru, saya berpendapat di kalangan pemimpin ulama Pas selain menjadi ahli politik, maka sewajarnya mereka memimpin orang lain mengikut ajaran Islam. Sebaliknya apa yang saya nampak seolah-olah mereka pula yang dipimpin mengikut ajaran dan amalan 'politik jahiliah'.
Saya berpendapat ajaran Islam itu hendaklah diajar betulbetul supaya umat Islam tidak ketinggalan dan bergaduh sesama sendiri. Pada pandangan saya, cabaran yang sedang dihadapi umat Islam sekarang dan akan datang sangat besar.
Bilangan kadar kemiskinan, buta huruf, tahap ekonomi yang rendah, kelemahan menguasai teknologi tinggi dan sebagainya masih belum dikuasai sepenuhnya oleh kita. Inilah cabaran yang mesti diatasi umat Islam supaya kita boleh membantu umat manusia ke arah hidup lebih bahagia di dunia dan akhirat.
Oleh sebab itu, saya ingin menyeru, hentikanlah amalan 'politik jahiliyah' seperti diamalkan sesetengah kumpulan di dalam Pas. Saya yakin dan percaya, tidak semua ahli Pas menyokong amalan 'politik jahiliyah' sesetengah pemimpin mereka.
Akhirnya, saya berharap, Pas fikirkanlah semula dasar jahiliyah mereka yang banyak melemahkan kekuatan Islam dan orang Melayu khususnya.
Surat Dari:
REZA ALJUNAID
Jelebu, Negeri Sembilan
Sumber: Surat & E-mel Berita harian 29 Jun 2009.
Komen Wira:
Persoalan yang perlu dijawab oleh PAS;-
  1. Adakah salah kita menyatu padukan UMAT ISLAM?
  2. Perlukah kita mencaci dan menghina sesama KITA hanya disebabkan perbezaan ideologi politik?
  3. Agama dan Politik? Adakah sesuai disatukan demi merealisasikan kepentingan diri atau kumpulan tertentu?
  4. Sanggupkah kita kembali ke zaman Jahiliyah sedangkan kita sedang berdepan dengan kemodenan DUNIA TANPA SEMPADAN?

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online