Dah ramal awal dah ....Pakatan Rakyat pakatan merapu: PR umpama sarang labah-labah
Oleh Megatrambai
-
Sejak akhir-akhir ini tiga serangkai pembangkang (PAS, Keadilan dan DAP) yang bercita-cita meniru konsep BN tetapi menamakan kerjasama mereka sebagai ’pakatan’ bukan ’barisan’ menampakkan wajah sebenarnya apabila pelbagai isu mula melanda mereka. Pakatan yang mereka asaskan makin goyah kerana binaannya ynag rapuh umpama sarang labah-labah.
-Isu-isu ynag melanda mereka menampakkan wajah sebenar tiga parti yang bertentangan (berkonflik) ideologi;masing-masing cuba menonjolkan perjuangan kepartian mereka. Luarannya tampak seolah-indah mata memandang tetapi didasarnya terpendam perjuangan semangat cauvinisme yang kental .
-
Sebaliknya BN lebih bersifat toleran dan saling mengerti antara satu sama lain – keadilan untuk semua berasaskan realiti sejarah dan kependudukan negara ini.Ia sudah terbukti lebih separuh abad lamanya.Kini diperkuatkan dengan konsep kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak iaitu 1Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
-Konflik dan perpecahan PR sudah dijangka sejak awal-awal lagi kerana kerjasama (pakatan) yang mereka bina semasa PRU-12 (2008) hanya satu bentuk ’pakatan plilihanraya’ (electoral pact) atas dasar politik kebencian terhadap Umno-BN.
-Politik kebenciaan ini disebar luas secara membina persepsi (politik persepsi) yang disalut pelbagai tuduhan, fitnah, kata nista dan hasutan yang berupaya memain dan membakar sentimen, emosi dan pemikiran rakyat ke arah melihat segala-gala hodoh dan keji terhadap Umno-BN. Saluran media yang paling meluas digunakan mereka ialah ’blog’ dan ’portal news’.
-Sebenarnya pakatan yang dibina untuk hadapi BN dalam PRU-12 itu tidak ada asas keyakinan sesama mereka. Hanya satu yang mempertautkan mereka ketika itu, iaitu ’politik kebenciaan’ terhadap Umno-BN.
-Seperti yang disebutkan bahawa elemen ’persepsi’ yang diguna secara meluas dalam kempen-kempen mereka agak berjaya mempengaruhi sebilangan besar pengundi, terutamanya golongan muda sehingga memenangkan mereka di 5 negeri (termasuk WP) + 1 (Kelantan) = 6 negeri menjadikan kejayaan yang tidak diduga itu melonjakkan semangat mereka untuk terus memantapkan ’’pakatan’ mereka.
-Namun, ”kaca tetap kaca” - ketiga-tiga parti pembangkang tersebut tetap komited untuk memperjuang dan mempertahankan ideologi masing-masing. PAS berideologi Islam, DAP (anak kandung PAP Singapura) terus dengan semangat ’’Malayasian Malaysia’ dan PKR berideologi liberal-sosialis. Liberal-sosialis tidak serasi dengan PAS (ideologi Islam) tetapi mungkin serasi dengan DAP yang memperjuang konsep kesamarataan tanpa memperdulikan kedudukan kaum Melayu sebagi teras kependudukan negara ini.
-Apa yang dibina mereka umpama membina sarang labah-labah yang rapuh. Sarang ini kalau dah musnah rimas dan membelit dibuatnya. Perkembangan terkini di dalam PR mengenai isu meroboh rumah penyebelihan babi di Kedah dan isu Kg. Buah Pala, PPinang dapat menjelaskan haru birunya pakatan pembangkang itu.
-Berikut disenaraikan pertentangan mereka yang mengambarkan kepentingan ideologi masing-masing mengatasi semangat permuafakatan sebenar seprti yang ada dalam BN:-
1. Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su : ”Tindakan DAP Kedah keluar pakatan adalah serius” – dalam erti kata lain ‘bukan main-main’ atau ‘acah-acah’.
-
2. Zulkifli Noordin, AP Kulim Bandar Baru (PKR, tapi pandangan penulis jiwanya lebih serasi dengan PAS) memberi reaksi DAP tidak perlu ugut kerajaan negeri (Kedah). Katanya, ”Jika hendak meneruskan *permuafakatan dengan cara ugutan ia tidak akan bertahan lama, Pakatan kan berpecah” . (*permuafakatan - bagi penulis istilah sebenar yang sepatutnya digunakan ialah persekongkolan untuk meneruskan agenda menjatuhkan kerajaan BN atas dasar kebencian. Bila dah jatuh masing-masing akan mendakwa ia lebih berhak untuk menerajui negara ini. Maka jadilah konflik dan pertembungan ideologi yang boleh mengancanm kestabilan dan keselamatan negara).
-
3. Lee Guan Aik, ADUN Kota Darulaman akan isytihar sebagai Adun Bebas.
-1. Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su : ”Tindakan DAP Kedah keluar pakatan adalah serius” – dalam erti kata lain ‘bukan main-main’ atau ‘acah-acah’.
-
2. Zulkifli Noordin, AP Kulim Bandar Baru (PKR, tapi pandangan penulis jiwanya lebih serasi dengan PAS) memberi reaksi DAP tidak perlu ugut kerajaan negeri (Kedah). Katanya, ”Jika hendak meneruskan *permuafakatan dengan cara ugutan ia tidak akan bertahan lama, Pakatan kan berpecah” . (*permuafakatan - bagi penulis istilah sebenar yang sepatutnya digunakan ialah persekongkolan untuk meneruskan agenda menjatuhkan kerajaan BN atas dasar kebencian. Bila dah jatuh masing-masing akan mendakwa ia lebih berhak untuk menerajui negara ini. Maka jadilah konflik dan pertembungan ideologi yang boleh mengancanm kestabilan dan keselamatan negara).
-
3. Lee Guan Aik, ADUN Kota Darulaman akan isytihar sebagai Adun Bebas.
4. Nik Aziz tidak mahu campurtangan isu di Kedah.
-
5. Di P.Pinang, penduduk Kg Buah Pala marah Guan Eng, Ketua Menteri (DAP) kerana gagal menunai janji membela rakyat. Sebaliknya Guan Eng salahkan Hindraf yang satu ketika dulu perjuangan Hindraf disokong dan belanya.
-
6. Sikap Guan Eng ditempelak oleh Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kg Buah Pala. Katanya, ”Beliau tidak tahu bersyukur kerana jika bukan Hindraf Pakatan Rakyat tidak akan menang banyak kerusi serta memerintah negeri.”
-
7. Cadangan Wacana Ilmiah antara Pemuda PAS dan Pemuda Umno dibantah keras oleh Pemuda Sosialis DAP. Zulkifli Noordin memberi reaksi bahawa bantahan tersebut mengambarkan mereka ’sekular’. Penulis melihat kekankangan utama usaha murni antara Pas dan Umno ialah DAP – Pas seolah-olah tunduk kepada tekanan DAP.

No comments:
Post a Comment