Monday, July 13, 2009

BN TIDAK KECUNDANG DI MANEK URAI

OLEH : PEMIKIR - MM

Esok, 14 Julai 09, pengundi-pengundi akan keluar mengundi di DUN Manek Urai. Semenjak 6 Julai Kedua-dua calon BN dan PAS telah dapat menjalankan kempen-kempen masing-masing dengan aman dan tanpa gangguan dari mana-mana pihak. Kawasan DUN Manek Urai ini seolah-olah tiada menghadapi apa-apa yang sepatutnya berlaku. Namun pembesar-pembesar BN dan PAS turut mewarnai senario politik DUN ini, di mana kempen diwajibkan tamat pada jam 12 malam ini.

Pengundi-pengundi perlu membuat keputusan yang bijak pada hari esok, Selasa, kerana pilihan terbaik mereka lakukan, akan menjamin peningkatan taraf hidup serta anjakan pembangunan sosioekonomi rakyat tempatan. Jikalau mereka tidak percaya kepada hasrat dan janji-janji BN yang dibuat sejak 6 Julai, maka keadaan seperti biasa atau status quo, mungkin berterusan. Ini bermakna pembangunan di DUN Manek Urai akan menjadi terganggu dan majoriti penduduk terus menghadapi kerugian sehingga Pilihanraya ke-13 pada 2012/13.

Dato' Mustapa Mohamad selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, pada Sabtu, 12 Julai mengumumkan Manek Urai sebagai pusat agropolitan untuk melonjakkan pembangunan. Ini adalah satu program ransangan yang berdana tinggi, sekiranya direalisasikan, boleh merubah landskap sosioekonomi tempatan dan sekitarnya. Ia juga akan menjadi pemangkin pada perubahan demi perubahan yang akan di nikmati oleh seluruh penduduk Kuala Krai khususnya dan Kelantan amnya. Sebagai pengundi janji yang dilapazkan oleh Tok Pa ini perlu dihayati dan tidak disia-siakan.

Pemerhati menerima laporan bahawa pengundi-pengundi totok PAS berjumlah sehingga 5,000 orang sehingga Khamis lepas tetap mengundi PAS kerana faktor Tok Guru. Tetapi sejak Jumaat, lebih kurang 1,000 dari kalangan mereka mulai menyakini janji-janji ikhlas BN untuk membangunkan Manek Urai. Mereka bersedia untuk memihak kepada calon Tuan Aziz dari BN kerana bakal ADUN ini mempunyai kapasiti untuk memperjuangkan nasib mereka segi kebajikan dan taraf hidup yang lebih baik di masa hadapan. Kini terdengar juga bahawa ramai pengundi-pengundi PAS yang tidak akan keluar mengundi kerana tidak selesa dengan kewibawaan dan kebolehan calon PAS.

Agak sukar siapakah yang akan kecundang dalam pilihanraya kecil ini. Dari segi kempen, kedua-dua jentera sama kuat dan sokongan tradisional bagi BN dan PAS adalah 50-50. Yang menjadi kelebihan kepada kedua-dua calon ini adalah mereka adalah anak tempatan. Calon BN adalah muda dan calon PAS adalah berumur. Pengundi-pengundi muda yang terdiri dari 1,000 orang di DUN ini, rata-rata memihak kepada BN dan ini merupakan satu ransangan kepada Tuan Aziz. Bagi calon PAS, pengundi-pengundi yang keluar mengundi adalah kerana Tok Guru dan bukan Fauzi ikan. Mereka masih menghormati Tok Guru.

Bagi calon BN, diseru penyokong-penyokong tradisional UMNO dan saf pemimpin-pemimpin Bahagian Kuala Krai mesti berdiri teguh di belakang Tuan Aziz supaya BN dapat meraih kemenangan dan seterusnya tidak kecundang kerana faktor dalaman. Ini adalah hakikat yang bukan baru tetapi sering dihadapi dalam situasi hari ini di Bahagian Kuala Krai. Jatuh dan bangkitnya calon BN, Tuan Aziz bergantung kepada aspek penyokong dalaman kerana ini dapat menentukan beliau dilantik ADUN baru DUN Manek Urai, 2009. Masih tidak terlewat dan penganalisis-penganalisis politik tempatan masih yakin Tuan Aziz adalah calon yang tepat dan menaruh harapan beliau menjadi juara pada malam Selasa, 14 Julai 2009.

Hidup BN! Hidup UMNO!

No comments:

Post a Comment

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online