Wednesday, July 1, 2009

PAS HILANG TARING



Tolak! Jangan tak tolak!.....Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya membuat pusingan gasing 360 darjah bila isu Kerajaan Perpaduan dapat disangkal dan memberikan najis kepada UMNO demi mempertahankan hubungan SETIAKAWAN PAKATAN RAKYAT.

Sungguh sedih bila ada ulamak serta pemimpin yang cukup disegani membelakangi satu cadangan yang cukup harmonis demi perpaduan di kalangan umat Islam dan Melayu. Inilah reaksi Abdul Hadi bila menyentuh isu KERAJAAN PERPADUAN dengan menyatakan bahawa idea ini telah disalah erti dan dipermainkan oleh UMNO bagi merenggangkan hubungan parti dalam Pakatan Rakyat.


Siapa yang membuat cadangan terlebih dulu? Siapa yang mendapat desakan DAP dan PKR? Dan akhirnya tidak sampai 3 minggu selepas muktamar PAS tunduk dengan kehendak DAP dan PKR. Sedangkan semasa muktamar Abdul Hadi dengan lantang menegaskan bahawa PAS terbuka untuk membincangkan dengan mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan Perpaduan.


Tindakan Presiden PAS telah membuktikan bahawa PAS selama ini hanya melekut di tepi gantang dengan kekuatan yang kononnya ada pada DAP dan PKR. Ke mana hala tuju PAS yang berjuang demi Islam? Pertahankan hak orang Melayu? Nyata sekali PAS bagaikan seekor harimau tanpa TARING. Sanggup melihat penindasan ke atas bangsa dan agama sendiri demi memastikan survival politik yang diperjuangkan dalam PAKATAN RAKYAT...




Jika ini adalah halatuju PAS nyata sekali perjuangan semasa tahun 1974 telah terKUBUR seperti peribahasa Melayu "kacang lupakan kulit", "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan", "harapkan pagar, pagar makan padi".


No comments:

Post a Comment

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online