Thursday, July 2, 2009

Surat Pembaca Kepada Datukl Nik Aziz - 4 (NIK AZIZ SEMAKIN MELAMPAU HINA UMNO)

Pemimpin UMNO sebenarnya memang kuat sabar. Walaupun Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu ceramah di manek Urai Kelantan menyamakan UMNO dengan ajaran sesat yang sama tarafnya dengan ajaran sesat Ayah Pin, mereka tetap sabar. Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis atas ucapan Nik Aziz itu.


Menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin adalah suatu penghinaan yang keterlaluan. Dalam sejarah, perbuatan pemimpin PAS menghukum dan menghina UMNO sesuka hati bukanlah baru.


Tahun 1959 muncul seorang ahli PAS dikenali sebagai Tok Guru Haji Omar Daud dari Pasir Mas, Kelantan, mengkafirkan UMNO. Haji Omar adalah Ahli Jawatankuasa Ulama Pas dan Wakil Rakyat di kawsan Dewan Undangan Negeri Bandar Pasir Mas. Beliau pernah ditahan di bawah ISA kerana perbuatannya itu.


Pada tahun 1963 Dewan Ulama Pas Kelantan telah mengelurakan fatwa menghukumkan orang Islam yang bekerjasama dengan bukan Islam sebagai kafir. Fatwa tersebut berbunyi:

"Orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram".


Tahun 1978 Dewan Ulama Pas Kelantan dalam perjumpaan di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan, selepas Pas keluar daripda Barisan Nasional (BN), membangkitkan semula hukum kafir terhadap UMNO. Dewan Ulama Pas Kelantan itu menuduh UMNO kafir.


Tahun 1979 Tok Guru Pas di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan, Haji Mustafa Abu Bakar mengeluarkan fatwa semasa berceramah di sebuah surau di Hulu Besut mengkafirkan ahli UMNO.


Disebut di mahkamah bahawa beliau didapati menuduh "orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional (BN) hukumnya murtad" dan örang UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan imam sembahyang". Juga "sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan"; "tidah sah akad tikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional" dan "kalu tidak sefahaman antara suami isteri jika salah seorang Pas yang satu Barisan Nasional nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalu dapat anak hukumnya anak zina".


Presiden Pas, datuk Seri Hadi Awang juga pernah dalam fatwanya tahun 1982 menghukum kafir kepada orang UMNO iaitu apa yang disebut sebagai 'Amanat Hadi'. Semua roang telah maklum dan tidak perlu dijelaskan lanjut mengenai amanat dan hukum yang dibuat oleh Hadi itu.


Nik Aziz bukan sahaja suka membuat tuduhan yang bukan-bukan kepada orang UMNO bahkan beliau sendiri pernah mengeluarkan kenyataan melampau terhadap agama Islam Yang Maha Suci, seperti Tuhan juga samseng, Tuhan mencarut, sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk kemenangan dan sebagainya.


Namun kata-katanya yang cukup menyinggung perasaan umat Islam itu tenggelam begitu sahaja dimamah zaman, walaupun ia cukup melampaui batasan ajaran Islam.


Semasa ajaran Ayah Pin berada di peringkat yang cukup kritikal, Pas yang menjadi kerajaan di Terengganu tidak mengambil tindakan tegas untuk menghapuskan ajaran sesat itu. Pelbagai binaan wujud di perkampungan Ayah Pin di Hulu Besut.


Apabila Barisan Nasional mengambil alih semula Kerajaan Terengganu barulah 'cerek gergasi', 'perahu Nabi Nuh', 'payung kuning' dan sebagainya dibina sekitar tahun 2001 hingga 2003 (di zaman pemerintahan Pas) telah dirobohkan oleh Kerajaan BN-UMNO Terengganu.


Lantaran itu wajarkah UMNO disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin dan Pas ajaran yang betul dan tiada cacat celanya.


Sesungguhnya Nik Aziz semakin melampau apabila merasakan tiada siapa boleh mengambil tindakan ke atasnya.
Komen Wira:
Fatwa PAS mudah ditutur dan dipercayai ... UMNO sering menjadi mangsa demi mempastikan survival politik kotor yang dimainkan oleh PAS. Adakah pengundi Manek Urai nak diperbodoh dan diperlekehkan untuk merealisasikan FATWA PAS?...
Terlalu banyak pembohongan FATWA PAS yang dihebahkan kepada rakyat MALAYSIA... Yakin dan percayalah akan ramai ibu tunggal, bapa tunggal, anak zina yang mereka gelar....Dan ANDA akan menyaksikan KETENTERAMAN dan KEDAMAIAN yang PAS bawa untuk melihat perpecahan antara UMAT ISLAM di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online