Friday, July 10, 2009

Tuan Aziz Tuan Mat, 39 Tahun, Bakal ADUN Manek Urai.........Tahniah

OLEH : PEMIKIR -MM

Menjelang Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai 2009, kedua-dua calon BN dan PAS bekerja keras mendekati sasaran masing-masing. Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39 thn, bergerak pantas terutamanya dikalangan pengundi-pengundi muda di kawasan tersebut. Sebagai anak tempatan yang bekerja di Kesedar, beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang. Disamping menjadi Ketua Pemuda Kuala Krai, beliau juga mempunyai pengalaman dalam bidang mengendalikan program-program belia di Kuala Krai.

Peniaga Fauzi, calon PAS, 50 tahun, dianggap sebagai orang lama di Kuala Krai dan khususnya di Manek Urai. Daripada seorang peniaga ikan, beliau kini sudah sampai taraf peraih ikan dimana beliau merupakan pembekal utama di kelantan. Beliau mengenali jumlah besar penduduk DUN Manek Urai melalui pertemuan-pertemuan semasa menjual ikan beberapa tahun kebelakangan ini.

Memandangkan bahawa ada 1000 pengundi-pengundi muda di Manek Urai yang masih berpendirian samar atau atas pagar, jentera parti telah memberi tumpuan kepada segmen ini. Pemuda UMNO telah mengadakan beberapa program seperti membaiki motosikal, membersih masjid secara gotong-royong dan pertemuan semuka dengan kumpulan ini. Program memperbaiki motosikal dikendalikan oleh Pemuda UMNO adalah sangat popular.

Pihak PAS pula juga cari jalan baru untuk memancing minat pengundi muda termasuklah menggunakan pemuda-pemuda memakai serban untuk bertemu orang-orang kampung. cara-cara lazim adalah kempen secara rumah ke rumah.

Pemerhati berpendapat bahawa rata-rata pengundi-pengundi DUN Manek Urai yang di atas pagar sudah mula membuat keputusan untuk memilih calon favourite masing-masing. Mereka ini lebih mirip kepada mengundi personaliti daripada parti. Berasaskan kepada ini, kaum muda Manek Urai kelihatan memihak kepada calon BN iaitu Tuan Aziz. Mereka mudah bermesra kerana calon adalah lebih muda dari Fauzi ikan. Mereka minat kepada Tuan Aziz kerana ibubapa mereka berpuas hati dengan khidmat Tuan Aziz selaku pegawai Kesedar, di kawasan mereka. Penduduk-penduduk tempatan telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri apa yang dilakukan oleh Tuan Aziz untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Adalah dinasihatkan kepada pengundi-pengundi DUN Manek Urai terutamanyayang di atas pagar untuk mengundi calon BN/ UMNO supaya beliau sebagai ADUN baru dapat terus memberi pembangunan di DUN Manek Urai.

No comments:

Post a Comment

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai
 

blogger templates | Make Money Online