KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT, Salahuddin Ayub berkata:-
Tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM ini tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.
"Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak".
"Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis".
NAIB PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) Mustafa Kamil Ayub, berkata;-
"tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan."TIMBALAN PENGERUSI DAP, Dr. Tan Seng Giew, meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih BERSIFAT memaafkan dalan isu kepulangan Chin Peng.
Beliau turut menekankan bahawa jika mahu dipertimbangkan dari segi sejarah, Jepun dan British sebelum ini turut pernah menjajah Malaya dan melakukan kekejaman di negara ini.
"Di kala ini, ramai orang Jepun dan British yang melabur di Malaysia. Mereka juga dahulu pernah menjajah dan menzalimi rakyat di negara ini."
"Justeru, apabila era sudah berlalu, penilaian semula boleh dibuat."
"kekejaman Chin Peng sememangnya pahit untuk dikenang tetapi rakyat di negara ini perlu menunjukkan sifat pemaaf kepada individu yang telah insaf seperti Chin Peng".
salam pakatan pembangkang rata2 senada bagi meraih ssokongan dari rakyat bangsa cina, disini UMNO/BN kena bijak menagani isu ini, bahayanya pembangkang akan manipulasi kan isu ini dan akhirnya UMNO dilihat parti recist.
ReplyDeleteNasib yg UMNO kena tanggung apabila melayu Islam sendiri sanggup bersikap menderhaka dan mengkhianati akan kesenggsaraan bangsa nya sendiri demi satu darjat.