Saturday, May 30, 2009

Imbau Kembali Keganasan Komunis di Malaya

Hargai setiap detikan KEMERDEKAAN yang kita nikmati

Wira tersentuh bila membaca kisah Dr. Amat Juhari Moain seorang bekas profesor Universiti Putra Malaysia (UPM) dan mantan Dekan Komunikasi dan Bahasa Moden yang mengkisahkan semula tragedi penyembelihan bapanya oleh komunis.

Bukan niat Wira nak 'membuka' semula kekejaman Komunis kepada penduduk Malaya ketika itu dan kini lebih dikenali negara kita Malaysia, tetapi sebagai 'sejarah' yang tak akan pernah dapat diputar belitkan oleh segelintir individu atau kumpulan yang cuba 'merampas' perpaduan dan keamanan negara kita pada saat ini. Wira bertanggungjawab menyiarkan artikel ini yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 28 Mei 2009 di halaman 5.

Dr. Amat menemui mayat bapanya di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit Batu Pahat. Bukan sahaja hanya menemui jenazah Moain tetapi yang cukup menyedihkan apabila melihat arwah telah disembelih dan anggota badannya telah dikerat-kerat. Bukan itu sahaja bapa saudara Dr. Amat turut dibunuh dengan kejam.

Apabila wujud salah satu parti politik yang menyuarakan permohonan semula untuk memulangkan Chin Peng ke Malaysia, ramai yang memberi reaksi besar kerana luka di hati walaupun setelah lebih 60 tahun peristiwa hitam dengan 'amukan Komunis' di Tanah Melayu telah berlalu.

Mungkin pada saat ini, generasi muda tidak merasai keperitan di bawah kekejaman Komunis hingga wujud suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa Chin Peng antara pejuang nasionalis Tanah Melayu. Jika benar beliau adalah pejuang nasionalis Tanah Melayu mengapa beliau tidak bersama-sama berjuang dengan Tan Cheng Lock dan mengapa harus mereka berpaksikan Tanah Besar China?


Jika Bintang Tiga di Malaya anti-Jepun mengapa rakyat Tanah Melayu diseksa dan dibunuh dengan kejamnya walaupun Jepun telah kalah. Adakah semua yang dibunuh oleh mereka dikatakan talibarut Jepun? atau disebabkan tidak membantu memberi bekalan makanan dan perubatan mereka terus dilabelkan musuh Komunis. Kejadian Bukit Kepong turut dijadikan bukti akan kekejaman Komunis yang bermati-matian memerangi anggota keselamatan Tanah Melayu.


Wira amat setuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Zaini Hassan dalam ruangan Cuit di Utusan Malaysia bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) di bawah pimpinan Chin Peng tidak boleh dipersoalkan lagi. Kesan kekejaman yang dilakukan boleh kita samakan dengan kekejaman Pol Pot, Adolf Hitler, Radovan Karadzic, Ratko Mladic dan sewaktu dengannya.

Diharap rakyat Malaysia dapat menyingkap kembali kekejaman yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Komunis ini yang nyata dan jelas memberi kesan yang cukup mendalam dalam sejarah dunia kita.

No comments:

Post a Comment

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online