Saturday, May 30, 2009

MUSTAPA dilantik PENGARAH pilihan raya kecil Manik Urai


KUALA LUMPUR 29 Mei — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyelia persiapan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai, Kelantan yang akan diadakan Julai ini.

Selain itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN itu, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak. Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini, beliau berkata Mustapa, yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bertanggungjawab mengenai operasi serta keputusan seharian pilihan raya kecil DUN Manik Urai.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi itu yang kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada parti PAS meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lepas, Perdana Menteri berkata: “Saya menunggu syor daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan.

“Bila sampai masanya, kita akan umum. Ada masa lagi,” katanya.

Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online