- Anak tempatan N.41 Manek Urai
- Boleh bertutur dalam 3 bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris & Bahasa Mandarin)
- Pendidikan awal di SK Sultan Yahya Petra, Kuala Krai & SM Sultan Yahya Petra
- Pendidikan tinggi sehingga hari ini : Graduan Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia.
- Pernah berkhidmat sebagai Pengurus Pemantauan & Penyelarasan Projek di KESEDAR pada tahun 1997.
- Tahun 2005 telah dilantik sebagai CEO KESEDAR Perkilangan Sdn. Bhd.
- Mantan Naib Pengerusi Majlis Belia jajahan Kuala Krai.
- Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai.
Tuesday, June 30, 2009
Penerimaan Rakyat Manek Urai selepas 24 jam menjadi Calon BN
Surat Pembaca Kepada Datuk Nik Aziz - 3 (Mohon Nik Aziz Cermin Diri)
Adakah wajar UMNO, sebuah parti yang menjadi tunggak pemerintahan negara dan terbukti telah banyak menyemarakkan syiar Islam,disamakan dengan komunis yang bukan sahaja menentang Islam tetapi telah membunuh, menyiksa serta memusnahkan harta benda sekelumit rasa belas kasihan.
Komunis telah mendatangkan mala petaka kepada negara ini, menggugat kehidupan rakyat dan berusaha menghancurkan negara demi mencapai cita-cita menjadikan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai paksi memerintah negara ini.
Tiada apa pun kebaikan komunis walau sebesar hama, melainkan penderitaan dan kepayahan berpanjangan yang mereka semaikan kepada negara dan rakyat sehingga darurat terpaksa diisytiharkan.
Selama 12 tahun darurat dari tahun 1948 sehingga 1960, banyak usaha ditumpukan ke arah pembasmian kuncu-kuncu komunis sehingga pembangunan negara dan program-program untuk kesejahteraan rakyat serta pembangunan ekonomi tergendala.
Malah selepas darurat, bahana durjana komunis terus berpanjangan. Ramai anggota tentera dan polis, juga orang awam, terkorban akibat kekejaman komunis yang tidak berhati perut. Kekejaman komunis tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan perbuatan mereka tidak dapat dimaafkan.
Justeru adalah wajar UMNO sebagai sebuah parti yang didokong oleh orang Islam, dan yang telah terbukti begitu komited dengan perjuangan membangun dan meninggikan syiar Islam, memakmurkan serta membela nasib rakyat sebagai kaum,disamakan dengan komunis yang tidak berhati perut dan tidak mengakui Islam? Ini satu penghinaan yang langsung tidak berasas.
Nik Aziz dianggap sebagai Tuan Guru dan ulama. Tetapi sayang kata-kata beliau langusng tidak mempamerkan kemuliaan sejajar dengan gelaran pada dirinya. Kata-kata beliau langsung tidak berhemah dan semata-mata berdasarkan politik serta ikut sedap mulut.
Kita sama-sama tahu bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Kerajaan yang berteraskanUMNO telah banyak membina masjid dan syiar Islam sentiasa dipertingkatkan. Jika UMNO itu komunis adakah ini semua akan dilakukan? Adakah kita akan dapat hidup aman dan maju seperti yang kita kecapi hari ini, termasuk Nik Aziz sendiri?
Malah kemajuan dan kejayaan Malaysia sebagai negara Islam juga diakui oleh banyak negara luar, termasuk negara islam lain. Ini membuktikan UMNO bukan sahaja telah berjaya memartabatkan negara daripada segi sosio-ekonomi, tetapi pembangunan dan kemajuan syiar Islam juga mencuri perhatian negara luar.
Perkara ini semua tidak akan berlaku jika UMNO itu seperti komunis. Fahamilah wahai Tuan Guru. UMNO sebenarnya lebih banyak membangunkan syiar Islam dibandingkan dengan Pas sendiri. UMNO lebih praktikal memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air, bukan hanya bercakap kosong seperti Pas.
Saya bermohon agar Tuan Guru dan Pas berhenti menuduh dan melabelkan UMNO semata-mata kerana kepentingan politik, semata-mata untuk menyedapkan hati penyokong yang mudah percaya dan menjadi 'pak turut'. Berhati-hatilah berkata kerana fikir itu pelita hati.
Dulu Pas kata UMNO KAFIR, sekarang kata KOMUNIS. Jika Pas benar-benar parti Islam seperti yang didakwa, ia tidak harus membuat dakwaan liar terhadap insan seagama yang akibatnya meletakkan Pas pada mertabat yang rendah. Cerminlah diri.
PANGLIMA AWANG
Kuala Lumpur.
Sumber: Ruangan Forum Utusan Malaysia 1 Julai 2009
Monday, June 29, 2009
Surat Pembaca Kepada Datuk Nik Aziz - 2 (Kepimpinan jumud Mursyidul Am Pas tidak lagi RELEVEN)
Anehnya, apabila Ketua Pemuda UMNO Kelantan dengan berani membuat laporan polis berhubung kandungan ucapan Nik Aziz yang berupa fitnah itu, akhirnya Menteri Besar Kelantan itu membuat kenyataan bahawa apa yang diperkatakannya hanyalah kiasan semata-mata. Sudah terhanduk baru terngadah.
Komen Wira:
- Bila Ulamak mula memutar belitkan kata-katanya.... rakyat semakin keliru? Layakkah dia diHORMATI?
- Bila prinsip politik mula disanjung, ajaran agama diketepikan... SALAH SIAPA?
- Bila Ulamak membawa sifat PERMUSUHAN sesama UMAT ISLAM, HARUSKAH kita katakan beliau sebagai orang yang WARAK?
Surat Pembaca Kepada Datuk Nik Aziz - 1 ('Politik Jahiliah' Rugikan Bangsa Melayu)
- Adakah salah kita menyatu padukan UMAT ISLAM?
- Perlukah kita mencaci dan menghina sesama KITA hanya disebabkan perbezaan ideologi politik?
- Agama dan Politik? Adakah sesuai disatukan demi merealisasikan kepentingan diri atau kumpulan tertentu?
- Sanggupkah kita kembali ke zaman Jahiliyah sedangkan kita sedang berdepan dengan kemodenan DUNIA TANPA SEMPADAN?
Friday, June 26, 2009
NIK AZIZ, TOK GURU YANG HEBAT...........
Syabas PAS kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas PAS kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya - yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini 'orang-orang tertentu' akan mengecap kita ini sebagai rasis.
PERSOALAN KEPADA TOK GURU PAS;
- Berapa ramai orang Melayu yang dah disesatkan oleh UMNO?
- Berapa ramai orang Tanah Melayu menjadi KORBAN semasa zaman KOMUNIS yang jelas dipimpin oleh CHIN PING...? Bila masa UMNO dijadikan KOMUNIS?
- Berapa ramai anggota keselamatan Tanah Melayu terkorban dan hilang anggota badan (kaki/tangan) bila terkena perangkap samar yang dipasang oleh UMNO?
- Berapa ramai anak gadis yang dilarikan dari rumah dan diperkosa oleh UMNO semasa zaman Darurat Tanah Melayu seperti yang dibuat oleh KOMUNIS?
- Berapa bilangan masjid yang diruntuhkan kerana UMNO kerana menolak Islam?
- Bukankah UMNO yang pertahankan bertelaga mempertahankan Akta 152 dan Akta 153 tentang Agama Rasmi dan Bahasa Melayu.
- Adakah orang UMNO adalah pemimpin PENDENDAM seperti Tok Guru?
- Adakah pemimpin UMNO yang sanggup membelakangi kaum dan agama sendiri demi pertahankan ideologi politik?
- Jangan, sepanjang masa mencari kesalahan orang untuk dikeji cerca. Setiap saat dan ketika apa yang UMNO dan Kerajaan Persekutuan buat semuanya tidak betul. Ada sahaja yang ditaawil supaya yang baik dari UMNO menjadi JAHAT. Bila PAS menang pilihanraya, malaikat tolong, bila kalah...UMNO tipu? Tuan Guru selalu mengingatkan "Allah menegah kita dari mencari dan menghebohkan kesilapan orang lain dengan sangkaan yang buruk, caci maki dan perlbagai gelaran yang hina." (Maksud Al-Quran ayat 11 dan 12 Surat al-Hujurat)
PAS Belakangi Kejayaan Kaum Sendiri Demi Ideologi Politik
"Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya msyarakat Melayu dan Islam ini bersatu."Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu".
"Kalau ada perasaan dendam, hasad dengki dan benci sesama Islam harap kita tengok kepada sembahyang kita kerana sembahyang dapat menghilangkan perkara yang tidak baik."Jadi, kalau ada sifat semacam itu, maknanya sembahyang kita itu tidak betu lagilah, kena dibaiki lagi".
Monday, June 22, 2009
'Kerajaan Perpaduan': Nik Aziz Flip-Flop
Hairan, melihat perubahan sikap Mursyidul Am PAS, Nik Aziz. Kebelakangan ini, tindakannya terlalu mengikut perasaan. Sikapnya berubah apabila anak didik kesayangannya Husam Musa kalah merebut jawatan Timbalan Presiden. Kemarahannya terhadap Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS jelas apabila Nasharuddin Mat Isa menyokong idea Haji Hadi berhubung pembentukan 'Kerajaan Perpaduan'.
Pelbagai kecaman yang dilontarkan termasuk meminta Nasharuddin keluar daripadaPAS dan menyertai UMNO dan menggelarkan Nasharuddin sebagai 'boneka UMNO'. Salahkan team ulama ini menyokong 'Kerajaan Perpaduan' yang dilihat dapat menyatupadukan Orang Melayu ? Tidakkah Nik Aziz merasa bangga dan gembira melihat Orang Islam di negara ini kuat dan bersatu-padu. Mengapakah perkara yang baik ini tidak disegerakan pelaksanaannya. Orang Melayu perlu sepakat dan kuat supaya digeruni oleh musuh yang ingin mengancam keselamatan dan kestabilan negara. Orang Melayu ibarat akar yang memegang pokok. Sekiranya akarnya lemah, maka pokok tersebut akan mati. Jika, Orang Melayu lemah dan berpecah-belah, bagaimana hendak melindungi kaum-kaum yang lain. 'Kerajaan Perpaduan' adalah idea yang bernas yang dapat memantapkan Orang Melayu dan juga perpaduan kaum di negara ini.
Tulip juga melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz menjurus kepada kepentingan politik daripada prinsip memperjuangkan agama. Dalam pada itu beliau juga didapati gemar membuat kenyataan yang flip-flop. Adakah segala kenyataan yang dikeluarkan adalah ikhlas daripada hatinya atau dipengaruhi oleh seseorang. Adakah beliau digunakan untuk mencapai hasrat seseorang? Tulip mengharapkan, para pemimpin PAS melihat kembali idea 'Kerajaan Perpaduan'. Jangan ditutup pintu perbincangan. Lihatlah idea ini untuk kepentingan bangsa, agama dan negara. Bukan untuk kepentingan politik dan kuasa. Renung-renungkanlah.
Thursday, June 18, 2009
KERAJAAN PERPADUAN: PAS & UMNO
Tuesday, June 16, 2009
CABARAN BUAT PAS vs UJIAN BUAT UMNO
It may be good news for Umno, though, and a chance for its new Kelantan chief, Datuk Mustapa Mohamed, to justify his appointment as leader of the state party. An Umno victory in the almost-exclusively Malay constituency, which Barisan Nasional won in 2004, could act as a launching pad for winning more seats in the state.
Calls to ban certain personalities from campaigning in Manik Urai and the cold shoulder given to national leaders wanting to discuss preparations for the by-election with grassroots leaders have put Pas in a quan-dary.
Brother Anwar Gadai Maruah Agama,Bangsa Dan Negara Untuk Jadi PM
Sumber: Tulip Desa
Alasan Brother Anwar bahawa hubungan di antara Malaysia dan Cina semakin kukuh bukanlah sandaran untuk membenarkan Ching Peng pulang. Brother Anwar ini adalah Orang Melayu yang tidak sedar diri, tidak melihat sejarah di mana keganasan Ching Peng ini telah membunuh beribu-ribu rakyat yang tidak berdosa. Keperitan tempoh darurat selama 12 tahun, yang juga dialami oleh Brother Anwar nampaknya tidak memberi kesan kepada beliau.
Tulip sedih dengan sikap anak Melayu seperti Brother Anwar. Sewajarnya Brother Anwar ini dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana meniupkan api persengketaan yang mengundang suasana huru-hara. Sekiranya kezaliman komunis ini direnung dan dilihat kembali, mungkin tidak mengundang isu perkauman sepertimana yang dipolitikkan oleh pembangkang.
Komen Wira: Inilah WAJAH sebenar Anwar Al-Juburi yang hanya tahu buat kacau bilau.. siap anak bini diheret sama tanggung MALU..... KEBENARAN PASTI TERSERLAH jugak AKHIRNYA.... (SAIFULvs ANWAR).. CHIN PENG TETAP TAK AKAN KEMBALI KE MALAYSIA
Monday, June 15, 2009
Mati Syahid - Gegarkan Selatan Thailand
ADAKAH ANDA hendak KITA menjadi seperti ini:-
MENGAPA perlu untuk kita TOLAK KERAJAAN PERPADUAN;-
1.3.1946
Bangsa Melayu juga hanya boleh terselamat jika kuat. Dan, hanyalah boleh kuat jika bersatu padu
Datuk Onn Jaafar.
6.6.2009
Hadi yakin gagasan tersebut mampu menyelesaikan masalah Negara.
Katanya, gagasan ini juga adalah untuk kebaikan kita semua yang sekarang begitu rapuh dari segi perpaduan”
7.6.2009
Salehuddin Mohamed Nasir selaku Pemuda PAS Selangor menyifatkan gagasan tersebut adalah futuristik”
8.6.2009
“Partinya tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam”
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr. Ahmad Atory Hussain:-
Cadangan Presiden PAS itu seolah-olah suatu tanda wujudnya unsure gencatan politik antara dua parti politik.
“Semua gambaran itu menunjukkan tidak ada implikasi buruk jika UMNO dan Pas merealisasika n kerajaan perpaduan malah memberi manfaat kepada rakyat”.
Beliau menambah menerusi kajian terhadap pentadbiran dan politik di Barat, kerajaan perpaduan didefinasikan sebagai satu konsep jalinan kerjasama di antara parti pemerintah dan parti pembangkang.
Oleh itu, kedua-dua parti sentiasa bertukar-tukar pendapat dalam banyak perkara malah paling jelas ialah pihak pembangkang tidak menentang polisi yang dikemukakan oleh pihak pemerintah.
Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
“Idea yang boleh dianggap realistik itu benar-benar akan memperkukuhkan majoriti orang Melayu dalam Negara”
Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai
Rakan Pejuang Wira Manekurai
Carian Bloggers
Indahkan HariMu Bersama Wira
Blog Archive
-
▼
2009
(49)
-
▼
June
(22)
- Penerimaan Rakyat Manek Urai selepas 24 jam menjad...
- Surat Pembaca Kepada Datuk Nik Aziz - 3 (Mohon Nik...
- Konsep 1 Malaysia Dicetuskan PM Perlu Sokongan Sem...
- Surat Pembaca Kepada Datuk Nik Aziz - 2 (Kepimpina...
- Surat Pembaca Kepada Datuk Nik Aziz - 1 ('Politik ...
- NIK AZIZ, TOK GURU YANG HEBAT...........
- PAS Belakangi Kejayaan Kaum Sendiri Demi Ideologi ...
- 'Kerajaan Perpaduan': Nik Aziz Flip-Flop
- KERAJAAN PERPADUAN: PAS & UMNO
- CABARAN BUAT PAS vs UJIAN BUAT UMNO
- Brother Anwar Gadai Maruah Agama,Bangsa Dan Negara...
- Mati Syahid - Gegarkan Selatan Thailand
- PAS 'TUNDUK ' PADA DAP
- CALON PAS N.41 MANEK URAI - SIAPA LAYAK?
- MELAYU - USMAN AWANG
- Bila PKR dan DAP Bertelagah!!! Ape Respon ANDA?
- Guna khutbah kempen politik kepartian : Ditinjau d...
- HUSAM - Jika UMNO Kafir Bagaimana Pula PAS?
- Komunis Vs Kencing Manis
- BN Miliki Peluang Cerah Tawan Semula N.41 Manek Urai
- Jentera BN selami KEPERITAN HIDUP rakyat
- Bukti Sokongan Rakyat Penanti
-
▼
June
(22)
Labels
- 1Malaysia (1)
- ADUN Manek Urai (1)
- Agama (1)
- ANWAR- PKM (1)
- Kerajaan Perpaduan (6)
- Komunis (1)
- Maruah Melayu (2)
- Mogok Lapar - PR (1)
- Pakatan Rakyat - Muktamar PAS (3)
- PAS FOR ALL (1)
- PKM- Bintang Tiga (2)
- PRK Manek Urai (11)
- PRK Penanti (1)
- Pulau Pinang (1)
- Tok Guru Nik Aziz (1)