Sunday, May 31, 2009

Husam Musa Mogok Lapar


Komen Wira: Wajar atau tak wajar bila mana ada pemimpin Islam yang bertindak di luar daripada pegangan akidah ahli Sunnah Wall Jamaah. Rakyat Perak perlu lebih tahu hukum dalam Islam bila kita nak berniat untuk berpuasa. Wajar atau tak wajar bila pemimpin mampu memudaratkan kesihatan rakyat dengan mengambil kesempatan atas kuasa kepercayaan yang diberi kepada beliau.

Wira tertarik sungguh artikel yang dihasilkan oleh blogger Tingkat 6. Mari kita renungi bersama... ada ayat yang Wira mudahkan agar kita lebih memahami maksud yang hendak disampaikan oleh blogger Tingkat 6.

Sumber: http://tingkat-6.blogspot.com

Perkataan mogok lapar yang diwarwarkan oleh pihak yang berputus asa/kecewa dalam perjuangan politik mereka menghasut para penyokong di seluruh Perak supaya menyokong saranan mereka. Perkara ini amat bertentangan dengan pegangan agama Islam dan pegangan Aqidah Ahli Sunnah Wall Jamaah yang menjadi amalan kepada seluruh umat warganegara kita Malaysia.

2. Perbuatan mogok lapar bertentangan dengan agama Islam yang menjadi anutan majoriti warganegara kita, ianya boleh membawa kepada kemudaratan kepada diri dan kandungan jika si perempuan sedang mengandung.

3. Perbuatan ini mungkin boleh membawa kematian jika perbuatan seperti itu berlarutan, dalam Islam di larang dengan sekeras-kerasnya membunuh diri dengan apa cara sekalipun Firman Allah bermaksud “Jangan Sekali-kali Kamu Mencampak Diri Kamu Dalam Kebinasaan” surah Al-Baqarah ayat 195.

4. Perbuatan mogok lapar selain bertentangan dengan ajaran agama, ianya juga bertentangan dengan peraturan/undang-undang negara, kerana ianya diaju oleh mereka yang putus asa dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sah sebagai Menteri Besar di mana Sultan Perak membuat keputusan setelah semakan dibuat dari segi peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, juga selepas memanggil semua 3 orang DUN yang keluar Parti Pakatan dan mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas. Setelah itu ke Bawah Duli Paduka Raja Perak berpuas hati lalu menggunakan budi bicara berdasarkan kepada Undang-undang Tubuh untuk membubar Dewan justeru YAB Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak.

5. Perbuatan mogok lapar menjelaskan kepada semua warganegara bahawa pimpinan PKR di Perak menyanggah keputusan Mahkamah Rayuan semata-mata kerana tidak memihak kepada mereka. Paling mengecewakan saranan ini diketuai oleh Islam yang seolah-olah tidak memahami ajaran Islam atau mereka memahami tetapi nafsu yang jihad (amarah) mengatasi yang baik (mahmudah) dalam jiwa mereka.

6. Mereka PKR sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat perjuangan perkara yang bertentangan agama baik bagi mereka, lalu mendesak rakyat supaya mengikut kehendak mereka. Para penyokong PKR janganlah menjual pegangan Aqidah semata-mata kerana nafsu. Justeru itu umat Islam dilarang sekeras-kerasnya melibatkan diri dalam mogok lapar anjuran PKR Perak.

7. Dalam hal ini, calon Timbalan Presiden PAS menyokong tindakan itu, beliau menyatakan perbuatan mogok lapar sama dengan berpuasa, orang Islam dituntut supaya berpuasa. Pandangan Husam Musa dalam hal ini amat cetik kerana menyamakan mogok lapar berpuasa yang difardukan dalam agama kerana puasa di wajib, di wahyu oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhamad s.a.w. sedangkan mogok lapar dicucuk oleh syaitan ataupun berpandukan kepada cetusan bapa iblis yang di laanat oleh Allah s.w.t.

8. Husam Musa tak boleh jadi Timbalan Presiden PAS kerana PAS dikatakan memperjuangakn Islam. Inikah orang yang akan memperjuangkan Islam? Inikah orang yang akan dipilih untuk mewakili hasrat mereka untuk menegakkan negara Islam di Malaysia. Husam selaku orang Islam, yang ingin menegakkan perjuangan Islam sepatut peka dan sensitif mengenai perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan Islam dan Aqidah. Mogok lapar amalan dulu agama Buddha sejak turun temurun, kini bakal Timbalan Presiden PAS pula menyokong mogok lapar orang-orang PAS dari atas sampai ke bawah jika ada kepentingan diri dan parti tak ada yang tak boleh langgar, keputusan mahkamah, kenyataan mufti-mufti mengenai Hudud, Penguatkuasaan Polis tentang undang-undang seperti jenayah kola putih, perdagangan dan ISA semua tidak di indah belaka. Inilah tabiat jahiliah moden hari ini, semuanya ok kalau untuk diri.

Saturday, May 30, 2009

PAS/PKR/DAP sokong Chin Peng Kembali ke Malaysia

Wira cuba melihat semula kenyataan akhbar yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 28 Mei 2009 yang jelas memohon KEPULANGAN Chin Peng ke Malaysia.

KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT, Salahuddin Ayub berkata:-
Tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM ini tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.

"Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak".
"Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis".

NAIB PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) Mustafa Kamil Ayub, berkata;-

"tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan."
Beliau turut menekankan bahawa jika mahu dipertimbangkan dari segi sejarah, Jepun dan British sebelum ini turut pernah menjajah Malaya dan melakukan kekejaman di negara ini.
"Di kala ini, ramai orang Jepun dan British yang melabur di Malaysia. Mereka juga dahulu pernah menjajah dan menzalimi rakyat di negara ini."
"Justeru, apabila era sudah berlalu, penilaian semula boleh dibuat."
TIMBALAN PENGERUSI DAP, Dr. Tan Seng Giew, meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih BERSIFAT memaafkan dalan isu kepulangan Chin Peng.

"kekejaman Chin Peng sememangnya pahit untuk dikenang tetapi rakyat di negara ini perlu menunjukkan sifat pemaaf kepada individu yang telah insaf seperti Chin Peng".

MUSTAPA dilantik PENGARAH pilihan raya kecil Manik Urai


KUALA LUMPUR 29 Mei — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyelia persiapan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai, Kelantan yang akan diadakan Julai ini.

Selain itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN itu, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak. Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini, beliau berkata Mustapa, yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bertanggungjawab mengenai operasi serta keputusan seharian pilihan raya kecil DUN Manik Urai.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi itu yang kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada parti PAS meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lepas, Perdana Menteri berkata: “Saya menunggu syor daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan.

“Bila sampai masanya, kita akan umum. Ada masa lagi,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Moral jentera parti DUN Manek Urai KEMBALI Melonjak

KUALA KRAI 27 Mei - UMNO akan menjadikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sebagai asas kebangkitan semula parti itu di Kelantan ketika moral jenteranya kembali berada di tahap paling tinggi.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan menegaskan, perubahan barisan kepimpinan di peringkat negeri dan Pusat telah menyuntik semangat baru di kalangan ahli yang melihat kemenangan itu kelak amat penting.

Katanya, meskipun Pas mencanangkan bahawa Manek Urai merupakan kubu kuatnya, sejarah membuktikan ia pernah dikuasai Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada tahun 1978 dan 2004.

''Tidak mustahil kita mengulangi sejarah Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Pasir dalam keadaan yang sama iaitu berlangsung setahun selepas pilihan raya umum dan kebetulan disebabkan kematian wakil rakyat Pas dan di kubu kuat mereka," ujarnya. (berita selanjutnya di sini)

Sumber: Utusan Malaysia

Imbau Kembali Keganasan Komunis di Malaya

Hargai setiap detikan KEMERDEKAAN yang kita nikmati

Wira tersentuh bila membaca kisah Dr. Amat Juhari Moain seorang bekas profesor Universiti Putra Malaysia (UPM) dan mantan Dekan Komunikasi dan Bahasa Moden yang mengkisahkan semula tragedi penyembelihan bapanya oleh komunis.

Bukan niat Wira nak 'membuka' semula kekejaman Komunis kepada penduduk Malaya ketika itu dan kini lebih dikenali negara kita Malaysia, tetapi sebagai 'sejarah' yang tak akan pernah dapat diputar belitkan oleh segelintir individu atau kumpulan yang cuba 'merampas' perpaduan dan keamanan negara kita pada saat ini. Wira bertanggungjawab menyiarkan artikel ini yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 28 Mei 2009 di halaman 5.

Dr. Amat menemui mayat bapanya di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit Batu Pahat. Bukan sahaja hanya menemui jenazah Moain tetapi yang cukup menyedihkan apabila melihat arwah telah disembelih dan anggota badannya telah dikerat-kerat. Bukan itu sahaja bapa saudara Dr. Amat turut dibunuh dengan kejam.

Apabila wujud salah satu parti politik yang menyuarakan permohonan semula untuk memulangkan Chin Peng ke Malaysia, ramai yang memberi reaksi besar kerana luka di hati walaupun setelah lebih 60 tahun peristiwa hitam dengan 'amukan Komunis' di Tanah Melayu telah berlalu.

Mungkin pada saat ini, generasi muda tidak merasai keperitan di bawah kekejaman Komunis hingga wujud suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa Chin Peng antara pejuang nasionalis Tanah Melayu. Jika benar beliau adalah pejuang nasionalis Tanah Melayu mengapa beliau tidak bersama-sama berjuang dengan Tan Cheng Lock dan mengapa harus mereka berpaksikan Tanah Besar China?


Jika Bintang Tiga di Malaya anti-Jepun mengapa rakyat Tanah Melayu diseksa dan dibunuh dengan kejamnya walaupun Jepun telah kalah. Adakah semua yang dibunuh oleh mereka dikatakan talibarut Jepun? atau disebabkan tidak membantu memberi bekalan makanan dan perubatan mereka terus dilabelkan musuh Komunis. Kejadian Bukit Kepong turut dijadikan bukti akan kekejaman Komunis yang bermati-matian memerangi anggota keselamatan Tanah Melayu.


Wira amat setuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Zaini Hassan dalam ruangan Cuit di Utusan Malaysia bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) di bawah pimpinan Chin Peng tidak boleh dipersoalkan lagi. Kesan kekejaman yang dilakukan boleh kita samakan dengan kekejaman Pol Pot, Adolf Hitler, Radovan Karadzic, Ratko Mladic dan sewaktu dengannya.

Diharap rakyat Malaysia dapat menyingkap kembali kekejaman yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Komunis ini yang nyata dan jelas memberi kesan yang cukup mendalam dalam sejarah dunia kita.

Thursday, May 28, 2009

PRK N.41 MANEK URAI

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan diadakan pada 14 Julai 2009.

Penamaan calon pula pada 6 Julai 2009. Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Mohd Yusof dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Ini bermakna tempoh berkempen ialah selama lapan hari.

Pilihanraya kecil itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat PAS Ismail Yaacob pada 23 Mei yang lalu.

Pada pilihanraya umum Mac 2008 lalu Allahyarham Ismail telah menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1, 352 undi.

Al-Fatihah - Haji Ismal Yaacob, ADUN Manek Urai

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah…..

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai

Bila Gambar Menterjemahkan Keadaan Sebenar Manik Urai






 

blogger templates | Make Money Online